KRITERIA-KRITERIA PERIKLANAN
DARI PERSPEKTIF ISLAM:
ANALISIS PANDANGAN PAKAR
Teuku Meldi Kesuma
Tingginya pertumbuhan korporat dan institusi
yang berteraskan nilai-nilai Islam seperti institusi kewangan Islam yang
mempromosikan produk dan perkhidmatannya kepada orang ramai melalui iklan.
Periklanan masih menjadi pilihan utama bagi maksud pemasaran produk dan
perkhidmatan oleh pengeluar. Persoalan penting yang hendak dibahas dalam
kertas kerja ini adalah bagaimanakah bentuk kriteria-kriteria periklanan dari
perspektif Islam? Bagaimana pula pandangan pakar
terhadap bentuk kriteria-kriteria periklanan tersebut? Oleh itu tujuan kertas
kerja ini ialah membina satu konsep periklanan dari perspektif Islam dan
mengenal pasti apakah kriteria-kriteria yang sepatutnya ada dalam periklanan
Islam. Metodologi kajian yang digunakan iaitu kaedah kepustakaan dan
analisis kandungan (content analysis) berpandukan kepada data dan
maklumat yang diperolehi daripada temubual empat orang pakar. Kajian ini
mendapati kriteria penampilan dan visual, suara dan bahasa, maklumat atau
informasi iklan, dan bertanggungjawab merupakan kriteria-kriteria periklanan
dari perspektif Islam.
PENGURUSAN KEKAYAAN DAN
KEMISKINAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
Radieah Mohd Nor
Pengurusan yang baik perlu dilakukan kepada
golongan miskin dan golongan kaya. Ia perlu supaya kedua-dua golongan ini boleh
sentiasa hidup bergandingan dalam sosio masyarakat sesebuah negara. Kertas
kerja ini membincangkan tentang kaedah mengurus golongan kaya dan miskin
menurut perspektif Islam. Analisis tekstual yang dilakukan terhadap karya-karya
terdahulu mendapati takwa merupakan elemen yang tidak boleh diketepikan dalam
mengurus kedua-dua golongan ini.
Kata kunci: Miskin, kaya dan takwa.
PERANAN PENYELIDIKAN SAINTIFIK IBN AL-HAYTHAM: ANALISIS DARI PERSPEKTIF KERANGKA PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM
Mohd Syahmir Alias
Ibn al-Haytham dikenali sebagai ‘Bapa Kaedah Saintifik’. Oleh yang demikian, kajian saintifik beliau pastinya mempunyai peranan tertentu. Dalam paradigma saintifik lazim, kajian saintifik berperanan untuk menghuraikan, meramalkan dan menjelaskan fenomena alam semula jadi mahupun tabiat manusia. Persoalannya, adakah peranan penyelidikan saintifik Ibn al-Haytham sama seperti yang dinyatakan dalam peranan penyelidikan saintifik lazim? Hal ini penting untuk dijelaskan kerana penyelidikan mempunyai implikasi yang tersendiri terhadap pembangunan. Berdasarkan prinsip pembangunan berteraskan Islam (PBI), ilmu fard ‘ayn perlu dijadikan sebagai kerangka teoritis pembangunan. Adakah kerangka ini mempunyai kaitan langsung dengan penyelidikan saintifik? Tidakkah Ibn al-Haytham juga menerapkan peranan dalam kajian saintifiknya berdasarkan pemahaman ilmu fard ‘ayn ini? Berdasarkan persoalan-persoalan yang timbul, makalah ini akan meneroka jawapannya dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Oleh itu, makalah ini mempunyai tiga tujuan utama. Pertama, mengenal pasti peranan kajian saintifik Ibn al-Haytham; kedua, meneliti kerangka PBI; dan ketiga, menganalisis keselarasan peranan penyelidikan saintifik Ibn al-Haytham dengan kerangka PBI. Perbincangan dalam makalah ini dibahagikan kepada tiga tujuan yang ingin dicapai. Hasil penelitian mendapati selain memperoleh maklumat yang benar, penyelidikan saintifik Ibn al-Haytham juga berperanan untuk mengukuhkan akidah Islam, melaksanakan syariat dan mempraktikkan akhlak mulia. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa ilmu fard ‘ayn juga perlu dijadikan sebagai kerangka kajian saintifik bagi penyelidikan berteraskan Islam.
Kata Kunci: Peranan Penyelidikan Saintifik, Ibn al-Haytham, Ilmu Fard ‘Ayn, Kerangka PBI.
Quality Management System vs Customer Satisfaction
Islamic Quality Management System vs Maqasid Shariah
Islamic Quality Management System vs Maqasid Shariah
Khatijah Othman
One of the main objectives for implementing ‘Quality
Management System’ (QMS) is to improve customer satisfaction which is
considered as the main agenda that has to be achieved within this system.
This is crucial in relation to the fact that business output is much more
profitable with more customer which lead to more profit. Hence, customer
satisfaction is regard as top priority in QMS implementation. On the
other hand, ‘Islamic Quality Management System’ IQMS based on Shariah guideline
set the objective of the implementation as to achieve Maqasid Shariah, the
preservation of religion, life, intellectual, progeny and property.
Hence, customer satisfaction is not underlined within the Maqasid Shariah but
it is meant to achieve the responsibility with respect to all human being and
environment. Therefore the objective of this conceptual paper is to
highlight the differences in the main objective established within the Quality
Management System of the contemporary practice in comparative to the Islamic
practice. Scholars and practitioners opinions were gained from literature
reviews on QMS and IQMS theories and implementations in which content analysis
were conducted. In conclusion, it is verified that the application of QMS
comparatively with IQMS are undoubtedly totally based on two different sets of
objectives.
Keywords: Islamic, Quality Management System, Maqasid
Shariah, Customer Satisfaction.
KESAHAN DATA: SATU PENDEFINISIAN SEMULA
MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
KESAHAN DATA: SATU PENDEFINISIAN SEMULA
MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
Nor Hanani Ismail
Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama,
menganalisis definisi kesahan data lazim berdasarkan kacamata Islam. Kedua,
merumuskan satu definisi kesahan data mengikut perspektif Islam. Kesahan data
lazim merujuk kepada kesahihan, kebenaran dan ketepatan pada instrumen kajian,
data dan keputusan. Berdasarkan definisi tersebut, timbul dua persoalan.
Pertama, adakah definisi kesahan data lazim tepat dan lengkap mengikut
perspektif Islam? Kedua, apakah definisi kesahan data yang tepat dan menyeluruh
untuk digunapakai bagi penyelidikan yang berkaitan dengan Islam? Kertaskerja
ini berhasrat mencari jawapan kepada kedua-dua persoalan ini berdasarkan
analisis tekstual terhadap literatur yang berkaitan. Bagi persoalan pertama,
kertaskerja ini mempamerkan definisi kesahan data lazim adalah tidak tepat dan
tidak menyeluruh mengikut kacamata Islam. Bagi persoalan kedua pula,
kertaskerja ini merumuskan satu definisi kesahan data bagi penyelidikan yang
berkaitan dengan Islam dan hal ehwal
orang Islam.
Kata Kunci: Kesahan Data, Definisi, Penyelidikan Berkaitan Islam
Kata Kunci: Kesahan Data, Definisi, Penyelidikan Berkaitan Islam
POTENSI
PELAKSANAAN DINAR EMAS DALAM WAKAF TUNAI DI MALAYSIA:
SATU TINJAUAN
AWAL DARI PERSPEKTIF EKONOMI
Surita Hartini
Mat Hassan
Wakaf Tunai (WT) merupakan salah satu kaedah alternatif yang berpotensi
menjana kewangan bagi tujuan membangunkan serta memajukan harta-harta wakaf dan
mewujudkan bentuk baru wakaf. Malah telah mendapat tempat dan diterima secara
meluas sebagai kaedah baru untuk berwakaf. Walaubagaimanapun WT melibatkan
penggunaan wang fiat yang bertunjangkan falsafah pemikiran barat dan merupakan
penyebab berlakunya krisis kewangan dunia pada hari ini. Keadaan ini telah
membawa kepada cadangan menukar penggunaan mata wang fiat kepada dinar emas
sebagai mekanisme baru dalam sistem monetari di Malaysia dan negara-negara
Islam yang lain. Persoalannya adakah Malaysia mempunyai keupayaan dan kekuatan
untuk mengaplikasikan dinar emas? Dengan kata lain, apakah potensi pelaksanaan
dinar emas dalam kegiatan ekonomi di Malaysia terutamanya WT yang dilihat
berperanan dalam pembangunan sosio-ekonomi. Berlatar belakangkan senario inilah
kertas kerja ini ditulis bagi mencapai dua matlamat. Pertama, mengenal pasti
potensi pelaksanaan dinar emas dalam sistem monetari di Malaysia. Kedua,
menganalisis potensi pelaksanaan dinar emas dalam WT dari perspektif ekonomi. Kajian
ini bersifat penerokaan. Data diperoleh
daripada kajian kepustakaan dan dianalisis menggunakan kaedah analisis
kandungan. Dapatan kajian akan menggambarkan beberapa potensi Malaysia dalam
mengaplikasikan dinar emas dalam sistem monetari dan WT.
Kata Kunci: potensi, wakaf tunai, Dinar Emas.
KAEDAH PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM:
PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM:
ANALISIS
PENGALAMAN IMAM AL-SYAFI‘IY
Nurul Nadiah Md Salleh
Nurul Nadiah Md Salleh
Atas kesedaran akan kepentingan kaedah
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berteraskan Islam bagi menyebarkan
ilmu Islam, maka kaedah P&P pembangunan berteraskan Islam (PBI) diwujudkan
oleh ilmuwan Islam. Kaedah P&P PBI di sini merujuk kepada proses mendidik
dan memberi P&P berdasarkan epistemologi dan tasawur Islam. Oleh itu,
kertas kerja ini berhasrat mengenal pasti dan menganalisis kaedah P&P PBI
berdasarkan pengalaman Imam al-Syafi‘iy. Imam al-Syafi‘iy merupakan pengasas
Mazhab Syafi‘iy. Hayatnya dihabiskan dengan menimba dan mengajarkan ilmu Islam.
Dengan ketinggian ilmu yang dimiliki, beliau berjaya menghasilkan pelbagai
karya dan kitab seperti Kitab al-Umm dan Kitab al-Risalah iaitu kitab ilmu fiqh
utama yang diguna pakai di Nusantara khususnya. Persoalannya, apakah kaedah
P&P yang diaplikasikan oleh Imam al-Syafi‘iy dalam mempelajari dan mengajar
ilmu-ilmu Islam sehingga menjadi seorang pelajar dan guru yang cemerlang lalu
membentuk mazhab beliau sendiri? Adakah kaedah P&P Imam al-Syafi‘iy dapat
diaplikasikan dalam kaedah P&P PBI? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini,
kertas kerja ini mempunyai dua fokus utama. Pertama, mengenal pasti kaedah
P&P yang digunakan oleh Imam al-Syafi‘iy dalam mencari dan menyampaikan
ilmu. Kedua, menganalisis kaedah P&P PBI berdasarkan pengalaman Imam
al-Syafi‘iy. Dalam perkara pertama, dapat dikenal pasti terdapat
sekurang-kurangnya tiga kaedah P&P Imam al-Syafi‘iy seperti musafir ilmu,
dari hati ke hati dan kasih sayang. Dalam perkara kedua pula, akan dirumuskan
bahawa kaedah P&P Imam al-Syafi‘iy dapat diaplikasikan dalam kaedah P&P
pembangunan berteraskan Islam bagi pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu Islam.
Kata kunci: Kaedah pengajaran dan pembelajaran, pembangunan berteraskan Islam, Imam al-Syafi‘iy
Kata kunci: Kaedah pengajaran dan pembelajaran, pembangunan berteraskan Islam, Imam al-Syafi‘iy
FALSAFAH
DALAM INDEKS PEMBANGUNAN: KONVENSIONAL DAN ISLAM
Wan
Norhaniza Wan Hasan
Pelbagai indeks pembangunan telah
dihasilkan sama ada pada peringkat antarabangsa mahupun di Malaysia sendiri.
Indeks-indeks pembangunan ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua
kategori. Pertama, indeks pembangunan konvensional dan kedua, indeks
pembangunan Islam. Persoalannya, apakah falsafah yang digunakan dalam pembinaan
kedua-dua indeks pembangunan ini? Adakah indeks pembangunan konvensional dan
indeks pembangunan Islam sedia ada dibina melalui falsafah yang sama atau
sebaliknya? Kertas kerja ini berhasrat untuk menjawab persoalan ini. Kajian
perpustakaan yang dilakukan terhadap penulisan berkaitan indeks-indeks
pembangunan mendapati bahawa indeks pembangunan konvensional dan indeks
pembangunan Islam masing-masing dibina melalui falsafah yang berbeza. Walaupun
begitu, kebanyakan indeks pembangunan Islam yang ada masih menggunakan indeks
pembangunan konvensional sebagai rujukan pembinaannya.
DOWER, DOWRY AND
THE RIGHTS OF MUSLIM WOMEN IN BANGLADESH:
AN ANALYSIS FROM
ISLAMIC PERSPECTIVE
Mohammad Abu Taher
Mohammad Abu Taher
Apart from the payment of dower which is an essential condition of Muslim marriage, the practice of the payment of dowry or joutuk, demands made by the groom’s side to the bride’s side, has developed in Bangladeshi society mainly in 1970s. This evil custom which is neither supported by State law nor personal laws has become a widespread practice specially in rural than urban population in the last few decades. It is apparently seen in Muslim marriage that, dowry has now become more significant than dower. The Government of Bangladesh has tried to outlaw the menace of dowry by enacting the Dowry Prohibition Act, 1980, which was subsequently amended on a number of occasions. But, the unfortunate reality is that, this evil practice is still persisting in the society and seriously threatening the Muslim women’s rights. Existing evidence suggests that because of dowry, the women are also depriving to get the dower money from their husband which is their legal rights according to Islam. The women sometimes deprived from their rights of inheritance as their parents consider the payment of dowry during marriage as inheritance. Again, they are unable to enjoy the dowry money as it is enjoyed by their husbands in particular, and by in-laws in general. Thus, the women are deprived from both the sides which are not really the principle of Islam. Based on fieldwork in a district of northern area of Bangladesh, this paper is an attempt to discuss the practice of dowry and the payment of dower in Islamic perspective specially focusing the difference between dower and dowry. Moreover, an attempt would be made in this article that, the existing dowry practice compromising the rights of Bangladeshi Muslim women as guaranteed in Islam.
UNDERSTANDING
ISLAMIC SERVICE MANAGEMENT
Azreen Hamiza
Abdul Aziz
Service
management is one of the sectors that have contributed greatly to the growth of
economy in majority of countries whereas Islamic service management is the new
term that is uncommonly heard in the service management industry. Unleashing
the potential of Islamic service management gives new anticipation for Islamic
management to grow and develop in the near future. This paper aims to explore
the preliminary understanding of Islamic service management with special
reference to the development. This paper explores and provides an understanding
on the concept of Islamic service management based on the Islamic philosophical
underpinning. In accomplishing the objectives of this study, library research
is mainly used to obtain the different types of theories and concepts on
Islamic service management applied to this paper with content analysis carried
out from the findings. The findings of this paper reveal that Islamic service
management portrays a bigger picture that is not only focusing what is
available in the world alone but also focuses on the vertical and horizontal
relationship with the ultimate objective to gain mardatillah.
KEPEKAAN USAHAWAN BUKAN MUSLIM DALAM MEMATUHI KETETAPAN PIAWAIAN HALAL JAKIM
Siti Syuhadah Mohamad
Peningkatan terhadap permintaan dan pasaran industri halal yang semakin meluas meletakkan Malaysia berpotensi menerajui industri halal. Unjuran positif terhadap permintaan pasaran produk halal telah menarik minat ramai usahawan sekali gus membuka lembaran baru kepada industri halal negara. Bilangan usahawan produk halal menunjukkan peningkatan terutama dalam kalangan usahawan bukan Muslim. Peningkatan bilangan usahawan bukan Muslim ini dilihat mampu membawa industri halal Malaysia ke arah yang lebih baik namun ironinya kebelakangan ini isu berkaitan penyalahgunaan pensijilan halal yang sering diketengahkan lebih cenderung melibatkan usahawan bukan Muslim. Oleh yang demikian, kertas kerja ini cuba meneliti kepekaan usahawan bukan Muslim dalam mematuhi piawaian yang ditetapkan pihak tadbir urus hab halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bagi memenuhi objektif ini, kaedah penyelidikan mengaplikasikan data sekunder melalui kajian perpustakaan. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data. Hasil tinjauan awal mendapati tahap kepekaan usahawan bukan Muslim adalah sederhana. Bilangan usahawan bukan Muslim yang tidak mematuhi piawaian adalah tinggi berbanding usahawan Muslim dengan kes yang lebih serius. Bagi memperkasa industri halal pihak usahawan bukan Muslim perlu lebih telus dalam usaha memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak tadbir urus hab halal. Memandangkan menjadi kewajipan kepada pengguna Muslim untuk menggunakan produk halal, maka usahawan bukan Muslim seharusnya lebih peka dan sensitif terhadap isu ini. Usahawan yang patuh pada peraturan dan undang-undang mampu meletakkan Malaysia selangkah ke hadapan dalam industri halal.
ASPEK TAHALUF SIYASI DALAM EKONOMI POLITIK ISLAM
Mohd Syakir Mohd Rosdi
Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis sama ada tahaluf siyasi boleh digunakan dalam ekonomi politik Islam atau pun tidak. Tahaluf siyasi di sini bermaksud perjanjian persefahaman untuk bekerjasama dan bantu-membantu bagi mencapai sesuatu objektif. Ekonomi politik Islam pula bermaksud menganalisis ekonomi dan politik, agar interaksi antara ekonomi dan politik dalam memastikan kekayaan negara dapat dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak sosial. Hasrat untuk melakukan kajian ini timbul kerana terdapat pendirian ramai sarjana yang mengatakan bahawa tahaluf siyasi ini boleh digunakan khusus untuk politik kepartian atau pun politik kenegaraan sahaja . Benarkah kenyataan tersebut? Untuk menjawab persoalan ini, penelitian dilakukan terhadap empat aspek tahaluf siyasi. Aspek-aspek tersebut ialah prinsip, ciri, syarat dan hikmah tahaluf siyasi. Daripada analisis ini mempamerkan bahawa keempat-empat aspek tahaluf siyasi tersebut boleh digunakan dalam ekonomi politik Islam. Oleh yang demikian, terjawablah persoalan di atas bahawa tahaluf siyasi tidaklah dikhususkan kepada politik kenegaraan sahaja, tetapi tahaluf siyasi boleh juga digunakan dalam ekonomi politik Islam.
Kata Kunci: Tahaluf siyasi, Kompromi Politik, Kerjasama Politik, Pakatan Politik, Pembangunan Berteraskan Islam
'AL- 'ULUM' SEBAGAI ASAS PEMBINAAN TAMADUN: KAJIAN TERHADAP FUNGSI 'AL-'ULUM' DALAM KITAB TABAQAT AL-'UMAM
OLEH SA'ID AL-ANDALUSI
OLEH SA'ID AL-ANDALUSI
Mohd Zamrus Mohd Ali
Kajian akan menganalisis data-data dari sumber Kitab Tabaqat al-Umam oleh Sa’id al-Andalusi untuk mendapatkan beberapa fungsi sains menurut perspektif beliau. Penganalisaan data dan fakta pensejarahan tamadun sains dan pencapaian sains setiap bangsa yang bermula dari tamadun India hingga tamadun Bani Israel akan memberi jawapan kepada persoalan fungsi sains dan tujuan sains yang cuba disampaikan oleh Sa’id al-Andalusi. Dapatan dari fungsi dan tujuan sains menurut Sa‘id al-Andalusi pula akan melalui perincian fungsi dan kedudukan sains dari setiap tamadun besar yang terdapat dalam kitab Tabaqat al-Umam berdasarkan metod induktif. Pecahan dari sub topik fungsi sains tamadun juga akan bermula dari tamadun India hingga tamadun Bani Israel.
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PRODUK TAKAFUL HIBRID BAGI USAHAWAN MUSLIM INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DI PULAU PINANG
Khairul Faizi Mohd Rafie
Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor pemilihan produk takaful hibrid oleh usahawan Muslim Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terhadap produk takaful hibrid yang telah digariskan oleh Pakar. Kajian ini dilakukan bagi melihat sejauhmanakah kesedaran usahawan IKS Muslim terhadap perlindungan takaful terutamanya bagi melindungi perniagaan mereka. Selain itu, kajian ini juga akan melihat faktor-faktor penentu mengikut perspektif Islam dalam pemilihan produk-produk takaful terutamanya yang menggunakan model takaful hibrid. Jika dilihat dari segi penawaran produk-produk takaful, banyak pengendali takaful berlumba-lumba untuk menawarkan produk perlindungan takaful khusus kepada usahawan IKS. Ini terbukti apabila daripada 12 pengendali takaful yang terdapat di Malaysia, lebih daripada separuh telah menawarkan produk perlindungan khusus kepada usahawan IKS Muslim. Persoalannya, adakah usahawan IKS Muslim ini mengetahui mengapakah mereka perlu memilih sesuatu produk takaful? Ini kerana keperluan insurans secara Islam bagi yang mampu adalah merupakan satu tuntutan jika dibandingkan dengan insuran konvensional, maka kertas kerja ini ingin melihat apakah faktor-faktor pemilihan yang telah digariskan oleh pakar. Bagi memenuhi objektif kajian ini, kaedah penyelidikan melalui data sekunder dan maklumat temubual akan digunakan. Kajian ini dijangka dapat membentuk panduan bagi usahawan IKS Muslim dalam membuat pemilihan mendapatkan perlindungan insuran secara Islam.
PENGUKURAN DALAM PENYELIDIKAN MENURUT ILMU MANTIK
Shahir Akram Hassan
Kertas kerja ini bertujuan meneliti kaedah pengukuran dalam penyelidikan Islam menurut ilmu mantik. Dalam menjalankan penyelidikan, pengukuran memainkan peranan yang penting. Pengukuran dalam penyelidikan mempunyai pengaruh yang besar dalam menilai data dan menentukan hasil penyelidikan. Persoalannya, setakat manakah pengaruh pengukuran dalam penyelidikan berkaitan Islam dan orang Islam? Adakah penyelidikan berkaitan Islam boleh mengukur data dan menganalisis menggunakan kaedah pengukuran dalam kaedah penyelidikan lazim? Atau adakah terdapat kaedah pengukuran lain yang sesuai untuk membuat penyelidikan berkaitan Islam dan orang Islam? Kenapa tidak kaedah pengukuran penyelidikan berteraskan Islam diambil daripada ilmu yang berasal daripada ilmu Islam sendiri seperti ilmu Mantik? Bagi menjawab persoalan ini, kertas kerja ini menumpukan kepada dua perbincangan. Pertama, mengenal pasti kaedah pengukuran menurut ilmu mantik. Kedua, menganalisis kaedah pengukuran dalam penyelidikan Islam menurut ilmu mantik untuk kaedah penyelidikan berteraskan Islam. Kertas kerja ini akan dibuat menggunakan kajian perpustakaan dan analisis kandungan. Kajian ini mendapati dalam ilmu mantik terdapat empat kayu ukur utama iaitu yakin, zann, syak dan batil. Daripada kayu ukur ini, pengukuran mengikut ilmu mantik didapati lebih praktikal dalam penyelidikan serta sememangnya telah dipraktikkan oleh umat Islam dalam kehidupan seharian. Selain itu, kayu ukur ini juga mengambil kira apa yang yang boleh dilihat dan merangkumi apa yang tidak boleh dilihat malah kayu ukur ini juga membawa kepada penjelasan yang lebih mendalam.
Kata Kunci: Pengukuran (Measurement), Mantik, Kaedah Penyelidikan Islam.
PERSONALITI PENGGUNA ISLAM: SATU ANALISIS KRITERIA
Mutiara Dwi sari
Tujuan daripada kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis kriteria-kriteria personaliti pengguna Islam. Pengkaji-pengkaji terdahulu telah menyusun model-model pengukuran personaliti Muslim berdasarkan perspektif Islam. Ertinya apakah ciri yang ideal sepatutnya terdapat dalam keperibadian seorang Muslim. Model-model tersebut kemudian dijadikan acuan dalam menilai personaliti seorang Muslim dalam melakukan apa jua bidang aktiviti. Walaubagaimanapun, kriteria ataupun indikator yang diberikan lebih bersifat umum bagi personaliti Muslim. Ciri atau indikator tersebut tidak menjurus atau tidak khas ditujukan kepada Muslim sebagai "pengguna". Hal ini menjadi persoalan dan penting untuk dikaji kerana umum mengetahui bahawa personaliti berpengaruh terhadap gelagat pengguna. Maka, pembentukan kriteria personaliti pengguna Islam menjadi penting dan dapat dijadikan sebagai acuan untuk menilai personaliti Muslim dalam melakukan aktiviti kepenggunaan. Persoalannya, apakah kriteria-kriteria personaliti pengguna Islam? Apakah yang menjadi landasan atau prinsip kriteria-kriteria tersebut? Bagaimanakah kerangka konseptual personaliti pengguna Islam? Kajian ini adalah kajian kepustakaan dan diteruksan dengan kajian lapangan. Kajian lapangan iaitu temu bual langsung secara mendalam yang melibatkan beberapa orang pakar. Data kualitatif daripada temubual inilah yang dianalisis dan dijadikan asas untuk memurnikan kembali kriteria-kriteria yang telah dibina berdasarkan kajian kepustakaan. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan analisis tekstual. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh kriteria personaliti pengguna Islam. Ketujuh kriteria tersebut adalah, aqidah yang bersih, ibadah, kepatuhan syaro'ah, amanah, ilmu (pengetahuan), ukhuwwah dan qana'ah. Kesemua kriteria ini berdasarkan kepada prinsip fitrah, tauhid, khalifah dan akhlak. Kriteria-kriteria yang dibentuk ini dapat menjadi acuan dalam menilai personaliti pengguna Muslim dan pengaruhnya terhadap gelagat pengguna.
Kata Kunci: Personaliti, Pengguna, Gelagat pengguna, Prinsip dan Kriteria.
MIKRO KREDIT DARIPADA DANA ZAKAT: SATU SOROTAN
Nurul Ilyana Muhd Adnan
Kertas kerja ini bertujuan membuat sorotan tentang pemberian modal kerja untuk perniagaan melalui mikro kredit daripada dana zakat. Sorotan ini dibuat berdasarkan tulisan-tulisan mahupun karya-karya terdahulu. Berdasarkan analisis kandungan, dapatan terhadap tulisan-tulisan dahulu mempamerkan bahawa telah ada pemberian modal kerja dalam bentuk mikro kredit yang dibiayai daripada dana zakat di institusi zakat di beberapa negara Islam. Pemberian modal kerja yang paling terkehadapan adalah Baitulmal Aceh Darussalam, Indonesia. Hal ini memberi implikasi bahawa pemberian modal kerja melalui kredit mikro berpotensi untuk dilaksanakan di negara-negara Islam, khusus oleh institusi-institusi zakat di Malaysia.
Kata Kunci: Mikro kredit, zakat, potensi
KEHUJAHAN AL-SUNNAH DALAM KAJIAN TASAWUR PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM
Wan Khairul Aiman Wan Mokhtar
Makalah ini bertujuan meneliti dan menganalisis kehujahan al-Sunnah dalam kajian tasawur pembangunan berteraskan Islam (PBI). Al-Sunnah merupakan panduan dan sumber epistemologi Islam yang kedua utama selepas al-Qur’an. Justeru, dalam kajian tasawur PBI, al-Sunnah dijadikan hujah dan sumber utama dalam pembinaan tasawur PBI. Persoalannya, kenapakah sebahagian daripada pemikir Barat menolak penggunaan al-Sunnah ini? Apakah hujah dan alasan mereka? Adakah tasawur PBI boleh dibina tanpa menggunakan al-Sunnah sebagai hujah dan sumber rujukan? Bagi menjawab semua persoalan ini, kertas kerja ini memfokuskan perbincangan kepada tiga perkara utama. Pertama, meneliti persepsi para pemikir Barat yang menolak al-Sunnah sebagai hujah dan sumber rujukan; kedua, menganalisis persepsi para pemikir Barat tersebut berdasarkan tasawur Islam; dan ketiga, merumuskan kepentingan kehujahan al-Sunnah dalam kajian tasawur PBI. Kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan ini merumuskan bahawa para pemikir Barat menolak penggunaan kehujahan al-Sunnah dalam pelbagai aspek termasuk dalam kajian tasawur PBI kerana mereka beranggapan al-Sunnah itu tidak berautoriti. Sedangkan berdasarkan tasawur Islam, al-Sunnah mesti dijadikan istidlāl (dalil) dan sumber rujukan utama yang kedua selepas al-Qur’an. Sesuatu kajian khususnya kajian tasawur PBI tidak lengkap jika tidak berhujah dan bersumberkan al-Sunnah.
Kata Kunci: Hujah, al-Sunnah, tasawur, pembangunan berteraskan Islam
Kertas kerja ini akan menganalisis pernyataan visi dan misi institusi pembangunan Islam terpilih di Brunei Darussalam. Institusi pembangunan Islam merupakan institusi yang berusaha untuk memenuhi falsafah dan matlamat pembangunan berteraskan Islam dalam menguruskan organisasinya walaupun ianya tidak secara menyeluruh. Kertas kerja ini akan melihat tiga jenis institusi iaitu institusi peribadatan, institusi pendidikan dan institusi perbankan. Untuk tujuan itu, enam buah institusi pembangunan Islam di Brunei Darussalam telah dipilih. Institusi-institusi ini dianalisis dengan melihat kepada pernyataan visi dan misi penubuhannya. Melalui pernyataan visi dan misi ini, ianya dapat menggambarkan falsafah dan bentuk pengurusan yang ingin dilaksanakan dalam institusi tersebut. Persoalannya, adakah visi dan misi yang ditetapkan telah memenuhi kriteria bagi sesebuah institusi pembangunan Islam? Apakah ianya selari dengan falsafah pembangunan Islam? Adakah visi dan misi ini dapat menggambarkan bahawa setiap kegiatan operasi institusi ini dibangunkan secara Islam? Kertas kerja ini bertujuan menjawab persoalan-persoalan tersebut. Kaedah teoretikal digunakan dengan melihat kepada tiga jenis kriteria iaitu matlamat akhir, sasaran dan pembangunan insaniah dalam setiap pernyataan visi dan misi institusi-institusi ini. Akhir sekali, kertas kerja ini diharap dapat mempamerkan sama ada pernyataan visi dan misi yang diguna pakai di institusi-institusi pembangunan Islam terpilih di Brunei Darussalam ini selari dengan falsafah pembangunan berteraskan Islam atau sebaliknya.
Kata Kunci: Pernyataan visi dan misi, institusi pembangunan Islam
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh personaliti Muslim, motif menonton dan empati terhadap keseronokan menonton filem seram. Kajian sedang dijalankan secara kuantitatif ke atas empat ratus penonton yang menonton filem seram. Kajian ini memfokuskan di zon utara bagi iaitu Pulau Pinang dan Kedah. Prauji terhadap item yang melibatkan pembolehubah iaitu ciri-ciri personaliti Muslim, motif menonton filem seram, empati, keseronokan menonton filem seram dan tanggapan terhadap kandungan filem seram yang diperolehi dilakukan untuk menentukan ciri-ciri psikometrik konstruk dicapai. Prauji dijalankan terhadap 30 remaja Islam yang berumur antara 20-30 tahun yang menonton filem Sembunyi: Bisikan Azazil. Prauji ini dilakukan untuk menentukan kesesuaian perkataan dan ayat yang digunakan dalam setiap item soalan yang mewakili pembolehubah kajian yang diukur menggunakan skala pengukuran sela. Secara keseluruhannya, daripada pra uji kajian mendapati ujian kebolehpercayaan alfa cronbach menunjukkan bahawa setiap pembolehubah mencapai tahap kebolehpercayaan sebagai konstuk pengukuran yang baik iaitu melebihi 0.7 (Hair et al., 2010). Konstruk tanggapan terhadap kandungan filem seram juga mencapai nilai alfa cronbach ( = 0.957).
ANALISIS PERNYATAAN VISI DAN MISI INSTITUSI PEMBANGUNAN ISLAM DI BRUNEI DARUSSALAM
Nurhidayah Marzuki
Kata Kunci: Pernyataan visi dan misi, institusi pembangunan Islam
PENGARUH PERSONALITI MUSLIM, MOTIF DAN EMPATI TERHADAP KESERONOKAN MENONTON FILEM SERAM
Aselawati Che Ab Adziz
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh personaliti Muslim, motif menonton dan empati terhadap keseronokan menonton filem seram. Kajian sedang dijalankan secara kuantitatif ke atas empat ratus penonton yang menonton filem seram. Kajian ini memfokuskan di zon utara bagi iaitu Pulau Pinang dan Kedah. Prauji terhadap item yang melibatkan pembolehubah iaitu ciri-ciri personaliti Muslim, motif menonton filem seram, empati, keseronokan menonton filem seram dan tanggapan terhadap kandungan filem seram yang diperolehi dilakukan untuk menentukan ciri-ciri psikometrik konstruk dicapai. Prauji dijalankan terhadap 30 remaja Islam yang berumur antara 20-30 tahun yang menonton filem Sembunyi: Bisikan Azazil. Prauji ini dilakukan untuk menentukan kesesuaian perkataan dan ayat yang digunakan dalam setiap item soalan yang mewakili pembolehubah kajian yang diukur menggunakan skala pengukuran sela. Secara keseluruhannya, daripada pra uji kajian mendapati ujian kebolehpercayaan alfa cronbach menunjukkan bahawa setiap pembolehubah mencapai tahap kebolehpercayaan sebagai konstuk pengukuran yang baik iaitu melebihi 0.7 (Hair et al., 2010). Konstruk tanggapan terhadap kandungan filem seram juga mencapai nilai alfa cronbach ( = 0.957).
Kata Kunci: Personaliti Muslim, Motif, Empati, Keseronokan Menonton dan Genre Seram.
KEDUDUKAN AKAL DALAM QURAN SUNNAH DAN SPIRITUAL QUOTIENT: SATU PERBANDINGAN.
Faizatul Najihah Mohd Azaman
Allah telah mengurniakan kepada hamba-Nya, keistimewaan akal untuk diaplikasikan sebagai taklifan menjadi khalifah di muka bumi ini. Bagaimanapun, hanya manusia sahaja yang diberikan keistimewaan akal ini. Oleh yang demikian, pengkajian ini akan melihat bagaimana penggunaan akal menurut dua dimensi iaitu Islam dan Barat. Objektif kajian ini adalah pertamanya, mengesan peranan akal sebagaimana di dalam Quran dan Sunah serta di dalam perbandingannya di dalam Spiritual Quotient (SQ). Kajian ini menggunakan analisis kandungan sebagai metodologi melalui analisis buku sarjana Islam yang membahaskan mengenai kedudukan akal di dalam Quran dan Sunah beserta dengan buku Spiritual Quotient karya Danah Zohar dan Ian Marshall. Jangkaan hasil yang bakal diperolehi adalah keperluan manusia untuk menyedari kepentingan penggunaan akal bersandarkan agama. Berbeza dengan Barat yang menggunakan akal untuk kepentingan materialisme dan teknologi.
Kata Kunci: Akal, Spiritual Quotient, Quran dan Sunah.
TAFSIR RASAIL AL-NUR KARYA BADIUZZAMAN SAID NURSI:
KAJIAN AWAL TERHADAP SUMBER DAN KEISTIMEWAANNYA
Mohd Nasir Ayub
Kejatuhan khilafah Uthmaniah di Turki menjadi asas kukuh kepada kecelaruan pemikiran umat Islam. Situasi ini menjadikan umat Islam mula berkiblatkan kepada Barat terutamanya dalam aspek kebebasan hidup, kemajuan kebendaan dan sebagainya, walaupun ada di antaranya menyalahi syarak dan melewati batas kemanusiaan. Republik Turki di bawah rejim Kemalis telah bersekongkol dengan aliran baru ini dan berusaha menghilangkan syiar-syiar Islam melalui akta-akta yang digubal. Antaranya pengharaman penulisan dan percetakan karya-karya agama secara bebas termasuklah karya Rasail al-Nur yang ditulis oleh Syekh Badiuzzaman Said Nursi. Setelah melalui beberapa halangan, akhirnya Rasail al-Nur berjaya diterbitkan sekali gus berperanan menjawab segala kecelaruan yang berlaku serta mengukuhkan kembali keimanan umat Islam. Kertas kerja ini cuba menjelaskan kekuatan tafsir Rasail al-Nur dari sudut sumber dan keistimewaan yang dimiliki sehingga menjadi musuh kepada kerajaan yang memerintah pada masa itu. Kajian ini adalah kajian kepustakaan dan analisisnya berdasarkan kerangka analisis tekstual. Kajian ini mendapati Rasail al-Nur mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan berjaya menepis segala kecelaruan yang ditimbulkan golongan Sekularis dan Atheis Barat sehingga dianggap pencetus kepada perubahan masyarakat Turki moden yang lebih islamik.
Kata Kunci: Tafsir, Rasail al-Nur, Said Nursi, Sumber dan keistimewaan.
UNDERSTANDING THE CONCEPT OF BROTHERHOOD IN ISLAM FOR
CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY IN ISLAMIC BANK
Ekarat Sitisan
The media outlets and internet nowadays have no shortage of news revealing the turmoil that Muslims are living in around the world: from occupation of Muslim lands to the dire poverty of Muslim brothers and sisters. This is the responsibility of all Muslims to help them as the Prophet Muhammad (peace be upon him) said that "The Believers, in their mutual love, mercy and compassion, are like one body: if one organ complained, the rest of the body develops a fever." (Bukhari & Muslim) As the result, the concept of brotherhood has been applied in the Corporate Social Responsibility (CSR) of Islamic bank. However, practice on the concept of brotherhood in Islamic bank has missed some its concept. This paper proposes to understand the meaning of brotherhood in Islam and its importance in CSR of Islamic bank. Lastly, the paper gives some recommendations to practice the brotherhood in CSR of Islamic bank. The data of the study is based on the review of literature, the Holy Qur’an and the Hadith. The study reveals that the word “brotherhood” for the bank has been practiced for the Muslims in the country only, which is different from the concept of brotherhood in the era of the Prophet (peace be upon him). It should be considered as global Muslim, not just local Muslim only. It is not too difficult to practice it is because Muslims believe that Muslim believes that all risky (provision) is come by Allah SWT, and more good things they do, more reward from Allah SWT they gain.
Keyword: Understanding, Islam, Brotherhood, CSR, Islamic bank.
KETIDAK-TERHADAN KEMAHUAN MANUSIA DALAM EKONOMI ISLAM ARUS PERDANA: ANALISIS KRITIKAL BERDASARKAN TASAWUR AL-QUR’AN
Mohd Zulkifli Muhammad
Kertas kerja ini bertujuan meneliti tentang salah satu andaian dalam sistem ekonomi Islam arus perdana iaitu ketidak-terhadan kemahuan manusia (unlimited wants) berdasarkan tasawur al-Qur'an. Analisisnya difokuskan kepada dua tujuan utama. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat al-Qur’an terpilih yang berkaitan dengan peringkat kemahuan manusia; dan kedua, menganalisis dan merumuskan peringkat kemahuan manusia berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an yang dikenal pasti itu. Analisis kandungan dan kaedah perpustakaan digunakan dalam mencapai hasrat ini. Kertas kerja ini mendapati bahawa berdasarkan tasawur al-Qur'an kemahuan manusia itu boleh dihadkan. Keterhadan ini adalah berasaskan kepada peringkat-peringkat kemahuan dalam dua kelompok utama iaitu kemahuan mahmudah dan kemahuan mazmumah. Implikasi daripada dapatan kajian ini ialah perlunya satu kajian yang komprehensif dilakukan bagi membina satu resolusi baru dalam andaian ekonomi Islam yang betul.
Kata Kunci: Andaian ekonomi Islam arus perdana, Ketidak-terhadan kemahuan manusia, Tasawur.
INSTRUMEN WANG TUNAI: ANALISIS FALSAFAH PENCIPTAAN WANG FIAT DARIPADA PERSPEKTIF MAQASID WANG TUNAI
Razali Othman
Penggunaan wang fiat dalam wakaf tunai dilihat sebagai satu pendekatan yang ideal, mudah dan berdaya maju dalam membangunkan semula institusi wakaf. Namun begitu, wang fiat yang digunakan sebagai instrumen berwakaf pada hari ini tidak bersandarkan kepada sebarang barangan berharga. Nilainya pula ditentukan secara apungan, dan diurus secara paksaan oleh pemerintah. Berlatar belakangkan senario tersebut, kertas kerja ini ditulis dengan tujuan untuk mencapai tiga matlamat. Pertama, untuk mengenalpasti maqasid pensyariatan wakaf tunai. Kedua, mengenalpasti falsafah penciptaan wang fiat. Ketiga, menganalisis ketepatan falsafah penciptan wang fiat daripada perspektif maqasid wakaf tunai. Kajian ini berbentuk kajian penerokaan. Data yang digunakan pula diperolehi daripada temubual dengan enam orang pakar secara langsung, dan dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS.ti versi 7.0. iaitu salah satu daripada computer-assisted qualitative data analysis software (CAQDAS). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wang fiat yang digunakan dalam wakaf tunai pada hari ini perlu dilihat semula khususnya dalam tujuan untuk mencapai maqasid wakaf tunai iaitu melakukan kebaikan, dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Kata Kunci: Wakaf Tunai, Maqasid Wakaf Tunai, Wang Fiat, Falsafah Wang Fiat.
KEDUDUKAN WANITA DALAM AGAMA SIKH
Nor Atiqah Mohd Naaim
Perbincangan dalam kajian ini mendedahkan mengenai kedudukan wanita dari sudut pandangan agama Sikh. Jika diimbas kembali sejarah agama Sikh, pengasas agama ini adalah Guru Nanak dan dikembangkan oleh 9 orang Guru berikutnya. Prinsip 5 K merupakan salah satu ajaran yang perlu dipatuhi untuk menjadi seorang penganut Sikh yang baik. Prinsip-prinsip tersebut adalah kanga, kirpan, kerah, kesh, dan kacchera. Selain itu, Sri Guru Granth Sahib Ji merupakan kitab panduan bagi semua masyarakat Sikh dan gurdwara merupakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti keagamaan. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji latarbelakang agama Sikh secara terperinci dan menilai kedudukan wanita di India serta pandangan agama Sikh terhadap golongan ini. Pengkaji telah mengaitkan kedudukan wanita Sikh di Malaysia bagi melihat perkembangan mereka pada masa kini. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kepustakaan bagi meninjau sejarah wanita Sikh dahulu dan masa kini. Temu bual merupakan metode kedua yang digunakan dalam penyelidikan ini. Kajian ini mendapati bahawa kedudukan wanita dipandang mulia dalam agama Sikh. Hal ini boleh dilihat kepada pembelaan terhadap wanita Sikh yang dilakukan oleh Guru Sikh yang menghormati golongan wanita. Jawatan dalam bidang kepimpinan telah diberi pengiktirafan oleh Guru kepada wanita Sikh seperti diberi jawatan sebagai ketua institusi keagamaan. Malahan juga wanita dibenarkan untuk terlibat di dalam medan peperangan. Agama Sikh sangat menekankan konsep equality sesama manusia. Ini jelas membuktikan tidak wujud diskriminasi antara lelaki dan wanita.
Kata Kunci: Kedudukan wanita, Wanita Sikh, Agama Sikh.
TEORI KELAHIRAN AGAMA MENURUT ILMUAN ISLAM DAN BARAT:
SATU PERBANDINGAN
Siti Aminah Ishak
Projek ilmiah ini membincangkan mengenai teori kelahiran agama menurut ilmuan Barat dan Islam. Ilmuan Barat yang diketengahkan dalam perbincangan ini ialah Sigmund Freud dan Emile Durkheim, manakala ilmuan Islam dilihat berdasarkan kepada pandangan Naquib Al-Attas dan Merryl Wyn Davies. Tokoh ilmuan Barat menggambarkan teori kelahiran agama dalam skop perbincangan agama primitif, namun ilmuan Islam membincangkan teori agama dalam konteks istilah al-dīn secara menyeluruh. Hal ini kerana matlamat utama kajian adalah untuk membuat perbandingan antara ilmuan Barat dan Islam, sekaligus memahami konsep kelahiran agama dalam kehidupan manusia berdasarkan kepada kepercayaan atau nilai kemanusiaan. Untuk mencapai matlamat kajian, terdapat beberapa objektif yang diketengahkan oleh pengkaji. Pertamanya ialah membincangkan mengenai teori kelahiran agama menurut pandangan ilmuan Barat dan Islam dalam memahami konsep kelahiran agama berdasarkan kepada fitrah manusia. Kedua, membuat perbandingan antara teori yang dikemukakan oleh ilmuan Barat dengan Islam untuk mengenalpasti bahawa teori yang dikemukakan berdasarkan kepada kepercayaan tokoh terhadap agama atau nilai kehidupan. Ketiga, mengenalpasti persamaan dan perbezaan serta kelebihan dan kekurangan dalam teori kelahiran agama menurut para ilmuan tersebut. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan pendekatan analisis secara induktif yang mana kesimpulan yang dilakukan adalah untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Pengkajian dan analisis dilakukan terhadap maklumat yang diperolehi daripada sumber rujukan primer dan sekunder yang mencakupi pandangan Barat dan Islam. Berdasarkan pendekatan yang digunakan pengkaji dapat merungkai persoalan berkenaan teori kelahiran agama yang dikemukakan oleh ilmuan Barat dan Islam. Oleh yang demikian, hasil kajian mendapati bahawa ilmuan Barat menyatakan bahawa agama hanya sebagai kehendak kepada naluri beragama sedangkan ilmuan Islam berpendapat bahawa agama adalah keperluan yang sangat penting dalam kehidupan manusia secara menyeluruh.Kata Kunci: Teori kelahiran agama, Konsep Agama, Ilmuan Islam, Ilmuan Barat.
KONTRAK QARDH AL-HASAN DALAM SKIM PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM): ANALISIS IMPLIKASI DASAR
Raziah Md Tahir
Skim pembiayaan kredit mikro Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ditawarkan kepada golongan wanita miskin di Malaysia bagi membantu golongan tersebut meningkatkan sumber pendapatan keluarga. Ia dimanfaatkan oleh peserta AIM (sahabat) untuk menjalankan pelbagai projek perniagaan, pertanian, ternakan dan lain-lain projek yang boleh menjana pendapatan tambahan. Menurut pihak pengurusan AIM, kontrak yang diaplikasikan dalam skim ini adalah pinjaman secara Islam yang disebut sebagai Qardh al-Hasan. Menurut perspektif Islam, Qardh al-Hasan merupakan satu kontrak pinjaman Islam yang pada asasnya tiada bayaran atau caj tambahan dalam jumlah pinjaman asal kecuali kos sebenar yang terlibat dalam urusan pinjaman tersebut. AIM mengenakan caj pengurusan sebanyak 10 peratus setahun daripada jumlah pembiayaan sahabat di bawah kontrak Qardh al-Hasan ini. Persoalannya sejauhmanakah kaedah penetapan caj pengurusan ini menepati kehendak syarak? Apakah pula implikasi dasar akibat pelaksanaan caj pengurusan tersebut? Kertas kerja ini cuba meneliti dua perkara utama. Pertama, mengenalpasti sama ada kaedah penetapan caj pengurusan AIM menepati kehendak syarak atau pun tidak. Kedua menganalisis implikasi dasar berkaitan isu syariah yang timbul dalam skim pembiayaan kredit mikro AIM. Metodologi kajian merangkumi analisis kandungan berpandukan kepada data dan maklumat yang diperolehi daripada temubual bersama pihak pengurusan AIM, responden pakar dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Hasil kajian mengenai implikasi dasar tersebut dijadikan garis panduan dalam menambahbaik mekanisme operasi pembiayaan kredit mikro AIM pada masa hadapan.
Kata Kunci: Qardh al-Hasan, Pembiayaan, Pinjaman, Kredit Mikro dan AIM.
CONTEMPORARY LITERATURES ON CONTRACTUAL DOCUMENTS IN ISLAMIC ASSET MANAGEMENT: A THEORETICAL ANALYSIS
Shereeza Mohamed Saniff
Keyword: Islamic finance, Islamic asset management and contractual documents.
ASSESSING ATTRIBUTES OF INTERNAL STAKEHOLDERS IN ENHANCING THE EFFICIENCY OF ZAKAT INSTITUTIONS : A CONCEPTUAL STUDY
Nur Zehan Khairi
Keyword: Internal stakeholders, Efficiency, Integration, Zakat institutions, Malaysia.
PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN ASNAF DI
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Ku Nor Ashikin Ku Ahmad Zamri
Kata Kunci: Lembaga Zakat Selangor, Usahawan Asnaf.
TAKSIRAN ZAKAT PERTANIAN DALAM KALANGAN USAHAWAN PADI DI KELANTAN: ANTARA PENDAPATAN KASAR ATAU PENDAPATAN BERSIH
Mohd Rizal Abu Bakar
Penanam padi di Malaysia dikenakan zakat pertanian. Mereka lazimnya mengusahakan tanaman padi dalam skala yang kecil. Namun, ketika ini sektor pertanian sedang mengalami transformasi daripada pertanian tradisional kepada pertanian komersial termasuklah penanam padi yang lebih dikenali sebagai usahawan padi. Persoalannya, apakah usahawan padi dikenakan zakat pertanian, sedangkan mereka mengusahakan penanaman padi secara komersial, bukannya secara tradisional lagi? Jika masih dikenakan zakat pertanian, bagaimanakah pula belanja-belanja input pertanian dibenarkan ditolak daripada hasil pertanian yang diperoleh? Bagaimanakah pula belanja sara hidup keluarga petani berkenanaan? Berdasarkan analisis kandungan kertas ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut. Akan dihujahkan faktor semasa dan setempat turut mempengaruhi perubahan dalam taksiran zakat pertanian komersial pada hari ini.
Kata Kunci: Taksiran Zakat, Pertanian Komersial, Usahawan Padi.
KAEDAH PENENTUAN QAUL MUKTAMAD DALAM PROSES TANQIH
AL-MADHHAB AL-SYAFI’I
Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin
Kata Kunci: Qaul Muktamad, Tanqih al-Madhhab, Mazhab Syafi’i, Penyelidikan Berkaitan Islam.
MAKANAN DAN PEMBANGUNAN ROHANI: SATU PENDEKATAN TERHADAP PEMIKIRAN IMAM AL-GHAZALI
Muhammad Kamilfaiz Mohammad Nor
Perihal berkaitan makanan di mana-mana sahaja sentiasa menjadi sebutan. Sungguhpun begitu, aplikasi makanan halal seharian sahaja tidak menunjukkan kesan positif kepada pembangunan rohani manusia. Lebih mengecewakan, pembangunan berteraskan unsur kerohanian pula jarang dikaji dan dijadikan perhatian kini. Hakikatnya, tanpa pembangunan rohani, individu muslim itu pincang dari mengamalkan agama Islam dengan sempurna, sekaligus terperosok dalam hanya mementingkan hal-hal peribadi dan keduniaan daripada mementingkan perihal akhirat dan ibadah kepada Allah s.w.t. Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali dijadikan tokoh kajian ini dan mengkaji akan pemikiran beliau berkenaan makanan, pembangunan rohani, dan hubungan antara kedua-duanya. Kertas kerja ini cuba menyelidik akan setiap persoalan kajian bertunjangkan pada tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti hubungan makanan dan pembangunan rohani. Kedua, mengetahui pemikiran Imam al-Ghazali dalam konteks pembangunan rohani. Ketiga, menganalisis pengaruh makanan terhadap pembangunan rohani menurut pemikiran Imam al-Ghazali. Justeru, metodologi kajian deskriptif ini telah dirangka bagi mencapai objektif kajian ini. Data-data primer dan sekunder dikumpul berdasarkan metode sejarah dan dokumentasi, seterusnya dianalisis menggunakan metode analisis kandungan fokus pada aspek makanan dan pembangunan rohani berdasarkan pemikiran Imam al-Ghazali. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan antara makanan dengan pembangunan rohani berasaskan pemikiran tokoh. Makanan yang berasaskan sumber yang halal, bersih, sekadar keperluan, tidak berlebihan, dan menurut sunnah Nabi s.a.w akan mempengaruhi rohani insan agar menjadi mukmin yang bertakwa.
Kata Kunci: Makanan, Pembangunan Rohani, Imam al-Ghazali, tokoh pemikir Islam.
Penilaian Tahap Pengetahuan Pelajar USM Terhadap Imej JAKIM
Noor Aini Mohd Salleh
Kata Kunci: Tahap pengetahuan, latar belakang JAKIM, peranan JAKIM dan imej.
PENGANALISISAN VISI DAN MISI INSTITUSI
PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM
Farah Farhana Johari
Kata Kunci: Pernyataan visi, pernyataan misi, institusi PBI.
CORAK PEMIKIRAN AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH DI MALAYSIA TERHADAP PRODUK PEMBIAYAAN PERUMAHAN
Suraya Ismail
Pelaksanaan pembiayaan perumahan bai` bithaman ajil (BBA) dan musyarakah mutanaqisah (MM) di Malaysia menimbulkan pelbagai reaksi dan kritikan. Walaupun pembiayaan perumahan MM telah diperkenal dan dikatakan lebih baik berbanding BBA, namun hanya sebahagian kecil institusi perbankan Islam yang dilihat menawarkan produk berkenaan di pasaran. Persoalannya, bagaimana pandangan ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) terhadap konsep-konsep Syariah dalam pembiayaan perumahan ini? Adakah ahli-ahli MPS mempunyai pemikiran sama atau berbeza? Apakah bentuk corak pemikiran ahli-ahli MPS ini? Berdasarkan maklumat primer daripada kajian lapangan, kesemua persoalan cuba dikupas dalam kertas kerja ini. Dapatan menunjukkan terdapat dua corak pemikiran ahli-ahli MPS iaitu pemikiran berbentuk sederhana dan terbuka.
Kata Kunci: Corak Pemikiran, Ahli Majlis Penasihat Syariah, Produk Pembiayaan Perumahan.
Kata Kunci: Corak Pemikiran, Ahli Majlis Penasihat Syariah, Produk Pembiayaan Perumahan.
BENTUK KOMUNIKASI KEPIMPINAN DAN KEPENGIKUTAN
RASULULLAH SAW
Che Nurmahirah Che Ghaffar
Kata Kunci: Bentuk Komunikasi, Rasulullah s.a.w, Kepimpinan dan Kepengikutan, Sirah Rasulullah.
Pengaruh Kaedah Penyelidikan Ekonomoi Islam Global Terhadap
Kaedah Penyelidikan Ekonomi Islam di Malaysia
Nur Ilani Mat Nawi
Kertas kerja ini bertujuan melihat pengaruh kaedah penyelidikan ekonomi Islam di peringkat global ke atas kaedah penyelidikan ekonomi Islam di Malaysia. Apakah kaedah penyelidikan ekonomi Islam di peringkat global mempengaruhi kaedah penyelidikan ekonomi Islam di Malaysia? Setakat mana pengaruh di peringkat global ini membawa kepada pembinaan kaedah penyelidikan ekonomi Islam yang berteraskan Islam di Malaysia? Bagi menjawab persoalan ini, kajian-kajian dan buku-buku terdahulu disorot dan diteliti. Kertas kerja ini mendapati bahawa perkembangan kaedah penyelidikan ekonomi Islam pada peringkat global mempengaruhi perkembangannya di Malaysia. Kata Kunci: Global, Kaedah Penyelidikan Ekonomi Islam.
ANALISIS IMEJ INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM (IPBI) DALAM MEDIA BERCETAK ARUS PERDANA DI MALAYSIA
Mastura Syamsudin
Akhbar di Malaysia berperanan penting sebagai saluran penyampai maklumat kepada masyarakat. Imej Institusi Pembangunan Berteraskan Islam (IPBI) juga turut dipaparkan oleh akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia. Namun begitu, adakah imej yang dipaparkan oleh akhbar-akhbar media arus perdana ini sesuai dengan simbol yang dibawa oleh institusi-institusi Islam? Oleh hal yang demikian empat akhbar media arus perdana telah dipilih dalam kajian ini yang terdiri daripada akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, dan akhbar The Star. Berasaskan kepada kaedah analisis kandungan dan kutipan data dengan menggunakan kaedah perpustakaan didapati bahawa keempat-empat akhbar ini ada menonjolkan imej-imej positif, negatif, dan neutral terhadap Institusi Pembangunan Berteraskan Islam (IPBI).
Kata Kunci: Media Arus Perdana, Institusi Pembangunan Berteraskan Islam, Imej.
SAHAM TIDAK PATUH SYARIAH: ADAKAH DIWAJIBKAN ZAKAT?
Wan Anisah Endut
Realiti perniagaan saham kini banyak terlibat dengan aktiviti yang tidak selari dengan kehendak Syariah seperti aktiviti perniagaan berunsurkan riba dan gharar. Malahan, saham-saham tersebut turut dimiliki oleh orang Islam. Persoalannya, apakah pemegang saham tersebut turut diwajibkan zakat? Jika ya, bagaimanakah kaedah taksirannya? Bagaimana pula amalannya di Malaysia? Daripada analisis kandungan ke atas data sekunder dan kajian lapangan, terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan cendekiawan mengenai kewajipan zakat terhadap saham tidak patuh Syariah. Walaupun begitu, kebanyakan mereka cenderung mewajibkan zakat terhadap bentuk saham tersebut. Namun, kewajipannya hanya terhad kepada modal saham sahaja.
Kata Kunci: Zakat, Saham, Taksiran.
EXPLORING INTENTION OF CASH WAQF CONTRIBUTION AMONGST YOUNG INTELLECTUAL AT THE INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
Amirul Faiz Osman
Considering the importance of cash waqf in developing waqf institutions and enhance the social economic of ummah. Yet, the literature that contributes to a social psychological understanding of the factors that underlie an individual’s decision to donate to cash waqf has been extremely limited. Therefore, this study aims to examine the determinants of donor (waqif) intention to participate in giving cash waqf in the context of Muslim in Malaysia particularly amongst young intellectual at the International Islamic University of Malaysia (IIUM). By using a theory of planned behavior model, a set of questionnaire is constructed to measure donor (waqif) giving intention behavior and data will be analyzed using SPSS.The three constructs of the TPB are found to be influential in determining cash waqf participation amongst those intellectual. Besides attitude, subjective norm and perceived behavioural control, this study also examines the effect of religiosity on the behavioural intention and such variable is found to be important in understanding cash waqf acceptance.
Keyword: Cash waqf, Theory planned behavior , Giving intention behavior.
USAHAWAN KECIL WANITA MUSLIM: ANALISIS FAKTOR-FAKTOR PENDORONG DAN KELESTARIAN DALAM PERNIAGAAN
Normaisarah Mohammad Zahari
Penglibatan kaum wanita dalam bidang perniagaan dicatatkan dalam sejarah ekonomi Negara sebelum kemerdekaan lagi. Terdapat ramai wanita Muslim yang berkecimpung dalam bidang perniagaan kecil ini tetapi usaha perniagaan ini dianggap sebagai hanya mampu menambahkan pendapatan keluarga semata-mata. Kertas kerja ini bertujuan menganalisis faktor-faktor pendorong dan kelestarian perniagaan yang dijalankan oleh usahawan wanita Muslim. Persoalannya, Apakah faktor pendorong usahawan kecil wanita Muslim ini menceburi bidang perniagaan sehingga mereka lestari dalam perniagaan mereka? Oleh itu, kertas kerja ini akan menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan berdasarkan data sekunder. Hasil kertas kerja ini mempamerkan terdapat tiga faktor pendorong usahawan wanita Muslim ini berniaga dan boleh lestari dalam perniagaannya iaitu faktor material, faktor modal insan dan faktor spiritual.
Kata Kunci: Faktor-faktor pendorong, Kelestarian.
PELABURAN DANA ZAKAT: ANALISIS PEMIKIRAN PAKAR DI MALAYSIA
Nor Asariah Ilias
Imam Hanafi berpendapat bahawa dana zakat tidak boleh sama sekali disimpan mahupun dilaburkan, tetapi tiga Imam yang lain, Maliki, Shafie dan Hambali berpendapat dana zakat boleh dilaburkan dengan syarat-syarat yang tertentu. Kertas kerja ini bertujuan menganalisis pemikiran pakar mengenai pelaburan dana zakat. Persoalannya, adakah dana zakat boleh dilaburkan? Untuk meneliti dengan lebih terperinci, kertas kerja ini akan menggunakan data sekunder melalui kaedah analisis kandungan. Dapatan kertas kerja ini mempamerkan bahawa pelaburan dana zakat dibenarkan mengikut hukum syara’.
Kata Kunci: Pemikiran Pakar, Pelaburan Dana Zakat, Hukum Syara’.
ANALISIS TERHADAP KAEDAH DWI-PENARAFAN DALAM
PENARAFAN SUKUK
Norhayati Abdullah
Penarafan sukuk penting untuk pembuatan keputusan yang tepat dan bermaklumat. Biasanya penarafan ini mengutamakan penarafan kredit iaitu terhadap keupayaan pembayaran balik hutang. Namun kebelakangan ini muncul beberapa kaedah baru dalam penarafan sukuk. Misalnya penarafan kualiti pengurusan oleh Moodys dan penarafan kualiti Syariah oleh International Islamic Rating Agency (IIRA). Malahan ada kaedah yang menggabungkan pendekatan konvensional dan pendekatan Syariah yang dinamakan dwi-penarafan.Justeru, kajian ini ingin melihat mengapa wujudnya dwi-penarafan? Apakah bentuk-bentuk kaedah dwi penarafan yang dicadangkan? Serta kesesuaian kaedah tersebut dalam penarafan sukuk. Persoalan-persoalan ini akan cuba dijawab melalui analisis kandungan terhadap kaedah dwi-penarafan yang dikemukakan oleh beberapa pengkaji. Dapatan kajian ini dapat menunjukkan perbandingan dalam amalan penarafan serta dapat menambah baik proses penarafan sukuk.
Kata Kunci: Kaedah dwi-penarafan, Penarafan sukuk.
AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN MASJID DI MANADO, INDONESIA
Deicy Natalia Karamoy
Untuk menentukan pengurusan kewangan masjid menjadi baik, terkawal dan sesuai peraturan, maka pengurusannya mesti berakauntabiliti. Dengan itu, tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti pengurusan kewangan dan kaitannya terhadap akauntabiliti masjid-masjid di Manado. Kajian ini dilakukan dengan reka bentuk kajian kualitatif dan analisis data dalam bentuk deskriptif. Sebanyak 11 masjid telah dipilih berdasarkan kriteria saiz dan kapasiti masjid di Manado. Dapatan kajian adalah secara umumnya pengurusan kewangan masjid-masjid di Manado masih dilakukan dengan cara konvensional dan tradisional. Maksudnya adalah pengurusan kewangan tidak dilakukan dengan sebagaimana mestinya yang sesuai dengan Syariah Islam. Pengutipan, perbelanjaan dan perekodan kewangan masjid didapati banyak yang tidak memenuhi kriteria yang berakauntabiliti. Oleh itu kesannya, banyak masjid tiada maklumat rekod dana masjid, biaya operasi masjid yang kurang mencukupi dan sebagainya. Hal ini disebabkan kurangnya kesedaran pengurus masjid dalam mengelola dana dan institusi masjid. Dapatan kajian diharap dapat membantu pihak pengurus masjid-masjid di Manado dalam mempertingkatkan pengurusan kewangan yang lebih berakauntabiliti.
Kata Kunci: Pengurusan kewangan, Masjid, akauntabiliti, Manado.
KAEDAH PEMBANGUNAN INSAN BERTERASKAN ISLAM: SUATU ANALISIS TERHADAP KAEDAH PEMBANGUNAN INSAN DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
Abang Mohd. Razif Abang Muis
Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis kaedah pembangunan insan yang dilaksanakan di institusi pengajian tinggi Islam swasta (IPTIS) di Malaysia dengan menjadikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai kes kajian. Untuk tujuan tersebut, analisis dibuat berasaskan kepada dapatan data dan maklumat yang diperoleh daripada pihak KUIS khususnya sekretariat pelaksana Transformation of KUIS (ToK). Dapatan mempamerkan terdapat lima komponen utama kaedah pembangunan insan di KUIS iaitu sistem pendidikan 24 jam, falsafah ‘memasjidkan universiti’. Pelan Induk Pendidikan Islam Negeri Selangor (PIPINS), Dasar Ta’dib, dan Manhaj Talaqqi. Kesemua komponen ini akan dianalisis berdasarkan aspek-aspek utama pembangunan insan berteraskan Islam. Aspek-aspek tersebut ialah peranan manusia sebagai hamba dan khalifah, keikhlasan niat, penguasaan ilmu agama, ilmu dan amal, penyucian jiwa (tazkiyah an-Nafs), hubungan dengan pencipta, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam.
Kata Kunci: Kaedah pembangunan insan.
Capital Assistance Program via Microfranchising:
A Ready-made Business Model for Recipients (Asnaf)
Nurbani Md Hassan
The capital assistance provided by zakat institutions to the recipients (asnaf) has created an informal microbusiness which does not equate to an increase in income levels and the successful rate of the business was very low. The reasons for low performance among other other include lack of monitoring and assessment, lack of expertise and skills and mismatch of fund. This situation can be improved further with the introduction of new innovative program, which is microfranchise, a program that provides opportunity for the recipients to own and operate a successfully proven business, self-reliance and low capital. The purpose of this study is to investigate and examine the feasibility of introducing the microfranchise program for both zakat institutions and the recipients. This study employs case study method where in depth interviews and survey was used to collect the data. The findings of the study revealed that zakat institution could mobilize the microfranchise system in order to improve the performance of the capital assistance program and reduced the problems faced by zakat institution. In addition, with micro franchise, the recipients could own a formal business of which the structure has been successfully proven.
Keyword: Capital assistance, Microbusiness, Microfranchise, Zakat.
TAFSIR IBNU KATHIR DAN TAFSIR AL-MISBAH: KAJIAN PERBANDINGAN
AYAT-AYAT TERPILIH BERKAITAN PEMBANGUNAN INSAN
'Imaaduddin Abdul Halim
Tafsir Ibn Kathir merupakan salah satu kitab tafsir klasik yang terkenal. Ia merupakan salah satu rujukan utama dalam bidang tafsir sehingga kini. Kitab tafsir al-Misbah pula ialah kitab tafsir moden nusantara yang dihasilkan oleh ulama tafsir kontemporari. Persoalannya, adakah pendekatan tafsir yang dibawakan oleh tafsir Ibn Kathir sama dengan pendekatan tafsir yang dibawakan oleh tafsir al-Misbah? Adakah berlaku perbezaan kaedah penafsiran antara tafsir Ibn Kathir dan tafsir al-Misbah dalam menafsirkan sesuatu ayat?. Berdasarkan kaedah analisis kandungan, kertas kerja ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut. Kertas kerja ini juga akan membandingkan antara pendekatan tafsir Ibn Kathir dengan tafsir al-Misbah dalam menafsirkan ayat-ayat terpilih berkaitan pembangunan insan. Dapatan perbincangan mendapati terdapat beberapa persamaan dan perbezaan dari aspek pendekatan penafsiran antara kedua-dua tafsir ini dalam menafsirkan ayat-ayat terpilih berkaitan pembanguan insan.
Kata Kunci: Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Misbah, Pembangunan Insan.
UNITING THE MALAY –MUSLIM COMMUNITY IN LEBUH ACHEH AND THE INDIAN-MUSLIM COMMUNITY AROUND MASJID KAPITAN KLING,
PULAU PINANG
Hassan Abd. Hamid
Human beings are created by Allah in the form of different races, languages, culture and historical backgrounds as mention in the Quran (49:13).These differences can also give rise to racial and tribal isolation and created a gap between fellow Muslims. In Penang, the Indian-Muslim Community congregating at Masjid Kapitan Keling started in 1901 by Cauder Mohideen and the Malay-Muslim Community congregating at Masjid Lebuh Acheh founded by Syed Hussain Al Aidid an Acehnese of Arab decent, are both of Muslim faith and live no further than a few hundred meters from each other but both have totally different historical and racial backgrounds. While both groups are Muslims and presently not at loggerheads with each other, the Indian-Muslim Community who are predominantly Tamil speaking Indians and the Malay-Muslim Community who are predominantly Malay speaking Malays seems to be segregated from one another by race, language, culture and historical background. There seems to be an invisible line dividing the two communities. This paper aims not only to study their differences and similarities of the two communities but also to apply unity principles of Islam applied by the Prophet in Madinah in bringing together the various clans, to unite these two Malay and Indian Muslim communities into one united entity for the good of Islam. The methodology used for the study is descriptive in nature based on library research and observation of activities of both communities. This paper shows that with proper planning, based on the unity principles of Madinah, the unity of communities is certainly possible.
KONSEP BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR DARIPADA PERSPEKTIF ILMUWAN-ILMUWAN DI MALAYSIA
Rhodhiyah Johari
Kertas kerja ini bertujuan melihat konsep Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur daripada perspektif ilmuwan-ilmuwan di dalam Malaysia. Konsep ini sering digunakan namun tidak begitu jelas diterangkan. Objektif kertas kerja ini ialah untuk melihat apakah yang dimaksudkan dengan Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur daripada perspektif ilmuwan-ilmuwan di Malaysia? Kemudian, apakah tasawur yang membentuk konsep ini daripada perspektif ilmuwan-ilmuwan di Malaysia? Kaedah menganalisis yang digunakan adalah analisis kandungan, iaitu menganalisis temubual beberapa ilmuwan yang dipilih. Kertas kerja ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertama, siapakah yang dimaksudkan dengan ilmuwan-ilmuwan di Malaysia dan kedua, konsep Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur daripada perspektif ilmuwan-ilmuwan di Malaysia.
Kata Kunci: Ilmuwan, Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur.
PENGARUH SIKAP WARIS TERHADAP PENTADBIRAN HARTA PUSAKA KECIL
Nurul Izzah Md Rodzi
Waris ialah ahli keluarga yang berhak menerima harta peninggalan si mati apabila harta tersebut telah bersih daripada hutang, wasiat dan perbelanjaan pengebumian. Oleh itu, tanggungjawab membahagikan harta pusaka dibebankan kepada waris yang ditinggalkan. Bagi membantu pihak waris melakukan pembahagian harta pusaka, beberapa institusi telah ditubuhkan iaitu mahkamah, unit pembahagian harta pusaka dan amanah raya. Namun, pentadbiran harta pusaka masih berdepan dengan beberapa masalah yang menyebabkan berlakunya kelewatan dalam pembahagian harta. Masalah ini sering kali dikaitkan dengan sikap negatif yang ditunjukkan oleh waris disebabkan tiada pengetahuan, tidak perihatin, berlaku pertelingkahan dan sebagainya. Persoalannya, apakah peranan waris dalam pentadbiran harta pusaka? Apakah sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh waris bagi melancarkan proses pembahagian harta pusaka? Kertas kerja ini berhasrat untuk meneliti dua perkara. Pertama, mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap waris terhadap pentadbiran harta pusaka. Kedua, menganalisis pengaruh sikap waris terhadap pentadbiran harta pusaka. Kajian ini menggunakan kajian perpustakaan dan temu bual. Analisis kajian ini menggunakan analisis kandungan. Kertas kerja ini mendapati faktor pengetahuan merupakan faktor utama yang membentuk sikap waris terhadap pentadbiran harta pusaka. Waris yang mempunyai pengetahuan berkaitan pentadbiran harta pusaka akan menyegerakan pembahagian, memenuhi segala prosedur yang telah ditetapkan dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan terhadap kelancaran proses penyelesaian harta pusaka.
Kata Kunci: Sikap waris, Pentadbiran harta pusaka.
AGIHAN DANA ZAKAT KEPADA NON-MUSLIM: ANALISIS PENTAKRIFAN ASNAF MUALAF MENURUT ULAMA TAFSIR
Siti Nuraisyah Hashim
Kertas kerja ini cuba membincangkan pengagihan dana zakat kepada asnaf mualaf dengan memfokuskan kepada golongan asnaf mualaf non-Muslim. Perkataan al-mu’allafatu qulubuhum telah disebut sebagai salah satu golongan yang layak menerima dana zakat. Pentakrifan terhadap makna perkataan al-mu’allafatu qulubuhum pula adalah pelbagai. Ada yang mentakrifkan al-mu’allafatu qulubuhum sebagai golongan yang telah memeluk Islam dan ada yang mengkatogerikannya kepada dua kumpulan iaitu yang telah Islam dan yang masih belum memeluk Islam. Persoalannya ialah, apakah makna al-mu’allafatu qulubuhum menurut ahli tafsir? Bagaimanakah pula pandangan ahli tafsir tentang asnaf non-Muslim? Berdasarkan analisis kandungan, perbincangan kertas kerja ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama akan membincangkan dan menganalisis takrifan mualaf oleh ulama tafsir klasik. Kedua akan menganalisis takrifan perkataan al-mu’allafatu qulubuhum oleh ulama kontemporari. Dapatan mempamerkan wujudnya dua takrifan terhadap al-mu’allafatu qulubuhum oleh kalangan ahli tafsir iaitu golongan Muslim dan non-Muslim.
Kata Kunci: Zakat, mualaf, non-Muslim, Ulama tafsir.
Pemikiran Pembangunan Berteraskan Islam:
Peta Minda Muhammad Syukri Salleh
Yusrizal Zainal Abidin
Para cendekiawan Muslim sejak tahun 1970-an telah membincangkan dan merumuskan konsep pembangunan dari sudut pandang yang khas, iaitu Islam. Satu daripada cendekiawan Muslim yang mengkaji dan merumuskan konsep-konsep pembangunan berteraskan Islam ialah Muhammad Syukri Salleh. Setakat ini Muhammad Syukri Salleh dianggap sebagai pemikir prolifik dalam bidang pembangunan berteraskan Islam. Hal ini dapat dilihat melalui karya-karya beliau yang banyak menumpukan perhatian dalam bidang pembangunan berteraskan Islam. Kertas kerja ini berhasrat menggambarkan peta pemikiran Muhammad Syukri Salleh mengenai pembangunan berteraskan Islam. Persoalannya ialah apakah yang menjadi konsep dasar pembangunan berteraskan Islam menurut Muhammad Syukri Salleh? Bagaimanakah dalam pemikiran beliau, konsep pembangunan berteraskan Islam pada aspek falsafah dan pelaksanaannya? Bagaimana pandangan beliau terhadap isu-isu pembangunan secara praktikal? Kertas kerja ini akan cuba menjawab ketiga-tiga persoalan ini dengan memfokuskan perbincangan kepada tiga perkara utama. Pertama, mengenal pasti konsep dasar pembangunan berteraskan Islam menurut Muhammad Syukri Salleh. Kedua, mengenal pasti konsep pembangunan berteraskan Islam dalam pandangan Muhammad Syukri Salleh, khususnya pada aspek falsafah dan pelaksanaannya, Ketiga, menganalisis pandangan Muhammad Syukri Salleh terhadap isu-isu semasa dalam bidang pembangunan. Semua maklumat yang digunakan dalam kertas kerja ini adalah daripada data sekunder sahaja. Ia dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan.
Kata Kunci: Pemikiran Pembangunan Berteraskan Islam, Peta Minda, Muhammad Syukri Salleh.
Konsep Kelestarian Dakwah Terhadap Orang Asli di Malaysia:
Penelitian kepada Kaedah Penyampaian Dakwah
Norazira Ali
Kertas kerja ini cuba meneliti dakwah dalam kalangan Orang Asli di Malaysia. Penelitian ini meliputi aspek kelestarian dakwah iaitu kestabilan dan ketahanan dakwah dalam jangka waktu yang panjang agar dapat mencapai matlamat dakwah yang syumul. Justeru, apakah ciri-ciri dakwah yang lestari? Bagaimanakah kelestarian dakwah dapat diteruskan? Pelaksanaannya menjadi perkara utama dalam menjayakan gerakan dakwah Islamiah seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Data yang digunakan dalam kertas kerja ini adalah dari jenis sekunder. Ia dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Akhirnya kertas kerja ini cuba merumuskan bahawa kelestarian dakwah melalui kaedah penyampaian dakwah yang berkesan akan menjamin keberlangsungan dakwah terutama dakwah kepada komuniti masyarakat Orang Asli.
Kata Kunci: Ekonomi Politik Islam.
FAKTOR MEMPENGARUHI PENGLIBATAN USAHAWAN DALAM FIRMA PEMBINAAN: SATU TINJAUAN AWAL
Nuruleifaa Noordin
Kertas kerja ini bertujuan meneliti penentu penglibatan usahawan dalam firma-firma pembinaan di Malaysia. Usahawan dalam firma-firma pembinaan terdedah kepada ketidaktentuan persekitaran dan kepesatan teknologi dan inovasi. Hal ini mewujudkan persaingan setempat dan global. Di Malaysia, bilangan golongan usahawan dalam firma pembinaan termasuk firma berdaftar dan tidak berdaftar meningkat. Walaupun mendapat kesukaran untuk menjana modal bagi projek-projek kecil, individu masih memilih firma pembinaan sebagai kerjaya. Persoalannya, apakah faktor-faktor mempengaruhi penglibatan usahawan dalam firma-firma pembinaan? Berdasarkan analisis data sekunder, kertas kerja ini mempamerkan penglibatan usahawan dalam firma-firma pembinaan dipengaruhi oleh tiga faktor. Pertama adalah faktor persekitaran. Kedua adalah faktor personaliti. Ketiga adalah faktor modal insan.
Kata Kunci: Faktor Penglibatan Usahawan, Firma Pembinaan dan Malaysia.
MAFHUM AL-MUAWAFAQAT DAN MAFHUM AL-MUKHALAFAT:
KAEDAH MENGANALISIS KENYATAAN SECARA IMPLISIT
Mohd Syahmi Mohd Miswan
Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, meneliti apakah mafhum muwafaqat dan mafhum mukhalafat boleh digunakan bagi menganalisis kenyataan dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam (KPI). Kedua, bagaimana mafhum muwafaqat dan mafhum mukhalafat boleh digunakan dalam menganalisis kenyataan, teks dan kandungan kajian berkaitan dengan Islam. Mafhum muwafaqat dan mafhum mukhalafat dalam undang-undang hukum Islam adalah cara pembuktian dan pengarahan terhadap makna. Pengarahan makna yang diperoleh bukan hanya secara eksplisit tetapi juga secara implisit. Bagi mencapai kedua-dua tujuan tersebut, kajian ke atas beberapa penulisan tentang mafhum muwafaqat dan mafhum mukhalafat, kaedah penyelidikan berteraskan Islam dan undang-undang hukum Islam dilakukan. Ia kemudian disusun dalam dua bahagian. Bahagian pertama, membincangkan tentang mafhum muwafaqat dan mafhum mukhalafat berfungsi sebagai pengarahan makna secara implisit dalam mengeluarkan hukum Islam. Bahagian kedua pula menganalisis penggunaan mafhum muwafaqat dan mafhum mukhalafat dalam kajian berkaitan Islam. Akhir sekali, kertas kerja ini merumuskan bahawa mafhum muwafaqat dan mafhum mukhalafat boleh digunakan dalam KPI sebagai satu alat analisis data.
Kata Kunci: Mafhum muwafaqat, Mafhum mukhalafat, Kaedah penyelidikan berteraskan Islam, Implisit.
WASIAT KEPADA AHLI KELUARGA: ANALISIS MENURUT PANDANGAN FUQAHA DAN AMALANNYA DALAM ENAKMEN WASIAT
ORANG ISLAM DI MALAYSIA
Asjad Mohamed
Wasiat menurut syariat Islam sebagai suatu instrumen penting dalam pengurusan dan pentadbiran harta yang berkuatkuasa selepas mati. Masyarakat Islam juga sejak turun temurun telah mengamalkan wasiat di kalangan mereka. Namun, didapati masih terdapat kepincangan berlaku dalam amalan wasiat sehingga mengakibatkan perbalahan dan perebutan harta peninggalan. Salah satu isu yang menyebabkan permasalahan wasiat berlaku ialah berkenaan wasiat kepada ahli keluarga yang terdiri daripada waris. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji hukum melakukan wasiat kepada waris menurut syariat Islam. Adakah diharuskan atau dilarang secara mutlak oleh syarak berwasiat kepada waris ataupun diharuskan secara bersyarat? Merujuk kepada Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia pula, seolah-olah keharusannya terikat dengan kadar satu pertiga daripada harta pusaka. Adakah ini menepati kehendak syarak berdasarkan kepada qawl yang rajih atau sebaliknya? Bagi menjawab persoalan tersebut, kertas kerja ini menfokuskan perbincangan kepada dua perkara. Pertama, menganalisis pandangan para ulama terhadap isu ini yang meliputi perbincangan berkaitan hujah mereka dan pandangan yang rajih. Kedua, meneliti sejauhmanakah Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia menepati ruh syariat Islam khususnya dalam isu wasiat kepada waris. Kajian ini dilakukan dalam bentuk kualitatif dan kajian kepustakaan. Hasil daripada kajian ini dapat menentukan hukum yang paling tepat terhadap isu wasiat kepada waris seterusnya memastikan kesahihan amalan wasiat ini di kalangan masyarakat serta memutuskan ketepatan Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia.
Kata Kunci: Wasiat, Ahli Keluarga, Pandangan fuqaha, Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia.
TO ELIMINATE MONEY CREATION OF ISLAMIC BANKING PRODUCT
Any Setianingrum
Islamic banking products should be able to provide a convincing analysis that so far there are structural errors and misallocation of resources, due to usury, gambling and gharar in conventional products, which stimulate the crisis. Practice of usury, gambling and gharar raise money creation without the underlying asset. The importance of eliminating money creation is the responsibility and the challenge of Islamic banks. However, in practice, many products of Islamic banks are still congruent with conventional products. The causes include Islamic banks still use interest rates as a reference in determining the level of profit and margin to their customers and vice versa. Content regulation is still much that the conventional paradigm. It makes the products of Islamic banks still contribute to the onset of disorder and economic instability, which triggered the crisis. Must find the key points in abolish the element of money creation in the Islamic bank products, and replace it with the spirit as well as the results based on the real sector, as the main message that brought Islamic economics. This paper describes and analyzes these points, based on the results of the literature and supported by secondary data.
Keywords: Islamic Banking Products, Money Creation, Real Index, Conventional Paradigm.
PENGARUH STRUKTUR PENGARAH TERHADAP NILAI FIRMA: KAJIAN KES SYARIKAT-SYARIKAT TERSENARAI DI JAKARTA ISLAMIC INDEX (JII), BURSA EFEK INDONESIA
Mulia saputra
Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh struktur lembaga pengarah yang terdiri dari saiz lembaga pengarah dan saiz lembaga pengarah bebas terhadap nilai firma kajian kes syarikat-syarikat tersenarai di Jakarta Islamic Index (JII). Persoalannya, apakah wujud hubungan antara saiz lembaga pengarah dan saiz lembaga pengarah bebas terhadap nilai firma di syarikat tersenarai di JII. Petunjuk yang dipakai untuk mengukur saiz lembaga pengarah adalah bilangan anggota lembaga pengarah di firma yang tersenarai di JII. Saiz lembaga pengarah dikira dengan menggunakan bilangan anggota lembaga pengarah yang berasal daripada luar firma daripada seluruh saiz anggota lembaga pengarah firma. Nilai firma dikira dengan menggunakan Tobins-Q. Dapatan hasil kajian mempamerkan hubungan yang positif antara lembaga pengarah dan lembaga pengarah bebas terhadap nilai firma.
Kata Kunci: Saiz lembaga pengarah, Saiz lembaga pengarah bebas, Nilai firma.
PENGARUH PERSEKITARAN KE ATAS PENGURUSAN INSANIAH
Lenny Anak Luat
Kata Kunci: Pengurusan Insaniah, Strategi Pengurusan Insaniah.
ANALISIS PEMBANGUNAN WAKAF KAPITAN KELING, SATU RUMUSAN
Fakhruddin Abd Rahman
Perbincangan mengenai pembangunan harta wakaf seringkali diperkatakan. Ironinya, maksud pembangunan harta wakaf dilihat dari perbagai sudut yang berbeza. Hal ini telah mewujudkan tanggapan yang pelbagai dalam menilai sesuatu pencapaian dalam pembangunan wakaf. Keadaan yang sama berlaku dalam menilai pembangunan wakaf Kapitan Keling. Ada yang membincangkan pembangunan harta wakaf dari sudut perkhidmatan yang diberikan oleh wakaf berkenaan kepada masyarakat. Ada juga yang membincangkannya dari sudut pencapaian pembangunan fizikal wakaf berkenaan dan tidak kurang juga yang melihat dari sudut jumlah hasil yang dijana oleh wakaf berkenaan. Namun begitu, apakah hakikat sebenar yang dimaksudkan dengan pembangunan wakaf sebagai mana yang dituntut dalam pensyariatan ibadah wakaf ini? Untuk itu, kertas ini akan menjawab tiga persoalan. Pertama, apakah konsep pembangunan wakaf yang dituntut dalam Islam. Kedua, apakah pembangunan wakaf Kapitan Keling menepati konsep pembangunan wakaf dalam Islam? Ketiga, apakah kerangka konsep pembangunan wakaf dalam Islam yang boleh diterapkan dalam pembangunan wakaf Kapitan Keling? Bahan-bahan untuk menjawab ketiga-tiga persoalan ini diambil dari bahan-bahan sekunder dan dokumen-dokumen yang telah wujud. Kertas kerja ini akan menggariskan saranan-saranan konsep pembangunan harta wakaf menurut perspektif Islam.
SERIOUS FINANCIAL INDEBTEDNESS AMONG MUSLIM MEDICAL DOCTORS IN MALAYSIA: AN ANALYSIS OF PERSONAL FINANCIAL RATIOS
Rosdi Abu
This study aims to analyze the performance of financial management among Muslim medical doctor in public hospitals Malaysia. Personal financial ratios such as liquidity ratio, liquid assets to net worth ratio, debt to asset ratio and solvency ratio was used to analyze the cash flow statement and net worth statement. Database obtained from previous cross sectional study via questionnaire survey of 189 respondents; and IBM SPSS version 20 software used to generate descriptive statistics reports. The personal financial ratios help gauge the financial performance of the individual. Employers are required to provide workplace financial education (WFE) to allow workers to gain access knowledge and skills in financial management and planning; thus can prevent the occurrence of serious financial indebtedness among their workers.
Keyword: Civil Servants, Islamic Financial Planning, Personal Financial Ratios, Serious Financial Indebtedness, Workplace Financial Education.
PENGARUH FAKTOR PENGURUSAN ATASAN TERHADAP PRESTASI INSTITUSI KEWANGAN ISLAM
Mohd Farihal Osman
Baitulmal adalah sebuah institusi kewangan Islam yang berfungsi menguruskan penerimaan, pengumpulan, pengagihan dana-dana milik umat Islam dalam negara. Sebagai institusi kewangan, Baitulmal tidak dapat keluar daripada dilema kepelbagaian cara amalan pengurusan Baitulmal di negeri-negeri Malaysia. Begitu juga kebanjiran organisasi yang menyerupai Baitulmal telah sedikit sebanyak meninggalkan kesan nagatif kepada pengurusan seperti dana tidak di salurkan kepada Baitulmal. Di samping itu, tidak terkecuali juga tercetus kekeliruan dalam masyarakat Islam di Malaysia mengenai peranan dan prestasi Baitulmal. Kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan yang di sebutkan di atas. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara angkubah-angkubah di dalam faktor-faktor pengurusan yang mempengaruhi terhadap prestasi organisasi Baitulmal. Terdapat pelbagai faktor yang turut mempengaruhi prestasi sesebuah organisasi. Kajian ini penyelidik memberi fokus kepada 3 faktor utama, iaitu, pengurusan atasan, fokus terhadap pelanggan, fokus terhadap pekerja. Data telah dikumpulkan melalui temubual berstruktur dengan bantuan soal selidik. Seramai 318 responden daripada daripada empat organisasi (4) terlibat dalam kajian ini. Analisis maltivariat digunakan seperti korelasi pearson, regressi berganda dan termasuk deskriptif digunakan untuk analisa data. Hasil penemuan menunjukkan hubungan positif antara faktor-faktor penentu prestasi terhadap prestasi Baitulmal secara keseluruhan. Hasil ujian mendapati bahawa faktor-faktor penentu telah menunjukkan hubungan sebanyak 77.2 peratus yang signifikan. Daripada tiga faktor yang dikaji, daripadanya didapati memberikan kesan yang signifikan ke atas prestasi, iaitu pengaruh pengurusan atasan. Faktor-faktor ini memberi kesan yang positif terhadap prestasi. Manakala faktor-faktor lain didapati gagal untuk mempengaruhi prestasi secara signifikan. Oleh yang demikian, di sarankan kepada organisasi Baitulmal perlu memberi perhatian kepada faktor- faktor tersebut bagi membolehkan meningkatkan prestasi organisasi Baitulmal di Malaysia.
Kata Kunci: Pengurusan, Pengaruh pengurusan atasan, Baitulmal, Pebendaharaan, Ekonomi Islam, Kewangan Islam.
KONSEP WANG DAN PENGGUNAAN DARI PERSPEKTIF
ULAMA SILAM DAN KOMTEMPORARI
Che Khadijah Hamid
Isu mengenai wang terus membelenggu umat Islam hingga ke hari ini. Pelbagai pihak yang menggariskan beberapa kelemahan yang terdapat pada penggunaan wang antaranya berlaku susut nilai, faktor inflasi dan sifatnya yang tidak bersandar kepada emas. Islam telah menggariskan penyelesaiaan masalah ekonomi ummah dengan mengiktiraf penggunaan emas iaitu logam yang dimuliakan oleh Allah SWT dan disarankan oleh Nabi SAW. Secara dasarnya, objektif umum dalam kertas kerja ini adalah ingin meneliti konsep wang dan dinar emas menurut Islam. Dalam kertas kerja ini juga merangkumi tiga objektif khusus. Pertama, mengenalpasti konsep wang dari perspektif ulama silam.Kedua, mengenalpasti konsep wang dari perspektif ulama komtemporari. Ketiga, menyarankan emas dijadikan penyimpan nilai sebenar disamping menggariskan keunggulan dinar emas. Keutamaan kepada kajian berbentuk penerokaan dan pengumpulan data sekunder diketengahkan dalam kajian ini. Selain menggunakan kaedah analisis kandungan dalam kaedah penganalisisan data. Secara keseluruhannya, kajian ini dijangka memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang apakah kelainan wang menurut Islam hasil daripada pemikiran ulama-ulama silam dan kontemporari sekiranya difahami dalam konteks masa kini.Kata Kunci: Konsep Wang dan Dinar, Pemikiran Ulama Silam dan Komtemporari.
KEGANASAN RUMAH TANGGA DALAM ISU PENTADBIRAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH HULU LANGAT, SELANGOR
Farah Safura Muhammud
Keganasan rumah tangga pada hari ini merupakan isu yang harus diberi perhatian serius. Ini kerana dapatan terhadap gejala rumah tangga ini semakin membimbangkan. Statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula dari Januari hingga Julai 2011 sahaja menunjukkan sebanyak 1,926 laporan diterima mengenai keganasan domestik. Manakala di pihak Mahkamah Syariah sendiri pelbagai masalah timbul dalam pengurusan dan pentadbiran kes. Peningkatan jumlah ini menunjukkan institusi kekeluargaan di Malaysia tidak berada dalam keadaan yang baik. Justeru kertas kerja ini membincangkan tentang hubung kait keganasan rumah tangga muslim dan pentadbiran di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini dalah satu kajian kes dengan pendekatan kaedah kualitatif dengan menemubual beberapa pakar perundangan . Kajian disokong oleh data analisis dokumen. Oleh itu, melalui kertas kerja ini akan membincangkan satu langkah proaktif dalam menangani masalah pentadbiran Mahkamah Syariah terhadap isu keganasan rumah tangga dan seterusnya mampu mengekang kebejatan institusi kekeluargaan bagi menjaga keamanan masyarakat secara umumnya.
Kata Kunci: Keganasan rumah tangga, Isu pentadbiran, Mahkamah syariah.
KEFAHAMAN DAN AMALAN HUTANG DALAM ISLAM : PERBANDINGAN ANTARA HUTANG KAD KREDIT DAN PERIBADI KAKITANGAN KERAJAAN
Mohd Kamal Azman Jusoh
Islam membenarkan umatnya berhutang untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian. Kebenaran hutang ini perlu disusuli dengan kemampuan serta keazaman untuk membayar balik hutang secepat yang boleh. Namun dengan kes-kes keberhutangan yang serius dan kemuflisan terutama dalam hutang kad kredit dan peribadi menunjukkan terdapat permasalahan dalam amalan berhutang umat Islam sekarang. Fenomena ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan konsep hutang dalam Islam telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam fiqh Islam. Ia meletakkan asas utama dan juga pedoman kepada penghutang dan pemiutang Islam. Namun konsep yang sebegini sempurna tidak akan bermanfaat jika tidak difahami dan diamalkan oleh pihak yang terlibat. Dengan kefahaman dan amalan yang jitu akan memberi kesan kepada pengurusan hutang mereka. Dengan itu satu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti adakah amalan berhutang muslim sekarang dipengaruhi oleh tahap kefahaman konsep hutang dalam Islam. Kertas kerja ini akan membincangkan perbandingan antara amalan hutang kad kredit dan peribadi dengan kefahaman konsep hutang Islam. Data dalam kertas kerja ini diperolehi dari soal selidik melibatkan 690 responden di UiTM Shah Alam, Pahang dan Pulau Pinang yang terdiri dari kakitangan akademik dan pentadbiran yang beragama Islam. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan berhutang kad kredit dan peribadi dengan kefahaman konsep hutang dalam Islam.
Kata Kunci: Hutang Dalam Islam, Kad Kredit, Hutang Peribadi.
THE DIRECTIONS AND GUIDELINES FOR FOOD CONSUMPTION IN ISLAM: AN EXPLORATION OF THE LIFESTYLE OF RASULULLAH (PBUH)
Fadzilah Akmal Ali
This paper aims to explore the lifestyle of Rasulullah (pbuh) in relation to food consumption pattern during his life. The discussion includes several key points; the akhlaq of Rasulullah (pbuh) in food consumption, some examples of food consumption pattern practiced by him, and its influence on Muslim. Eating is a duty and requirement of life. It helps the human body to become healthier, strong, and energetic. In Islam, food is the main source of the development of akhlaq. Inappropriate food consumption habit is the main reason of many common social problems all over the World. Then, It should be performed in a directional way by following guidelines of Islam from Quranic commandments and Sunnah of Rasulullah (pbuh). In order to explore the lifestyle of Rasulullah (pbuh) in relation to food consumption pattern, a library search and content analysis on Sahih Muslim is explored. It is articulated that the lifestyle of Rasulullah (pbuh) is a critical value advice in Quranic verses and al-Hadith. The conclusion provides several related points for further discussion; halalan toyyiba, Islamic lifestyle, and ‘adab.
Keywords: Lifestyle of Rasulullah, Food consumption, Akhlaq of Rasulullah.
Potensi Zakat Produktif Dalam Menangani Masalah Kemiskinan Di Aceh
Alamsyah Alwi
Kata Kunci: Potensi, Kemiskinan, Konsep Kewangan Mikro dan Zakat Produktif.
Analisis Konsep Tauhid Ismail Raji al-Faruqi Terhadap Isu-isu Pluralisme Agama: Fokus Terhadap Isu Ahl al-Dhimmah
Ahmad Sabri Osman
Ismail Raji al-Faruqi (1921-1986) merupakan tokoh pemikir Islam terkemuka dalam bidang dialog dan perbandingan agama. Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui bahawa beliau juga merupakan tokoh dalam bidang tauhid dan mampu menjawab isu-isu dalam pluralisme agama. Kajian ini akan melihat secara kritis pandangan golongan pluralisme agama tentang isu Ahl al-Dhimmah dan bagaimana al-Faruqi menjawab isu ini. Satu pendapat dalam pluralisme agama mengatakan Islam menganaktirikan atau menomborduakan golongan ini. Hasil kajian mendapati bahawa pandangan al-Faruqi adalah sejajar dan selaras dengan pandangan majoriti umat Islam. Menurut al-Faruqi, semenjak zaman Rasulullah S.A.W. hingga kerajaan Islam yang terakhir, Islam telah berjaya menunjukkan bahawa Ia merupakan agama yang paling bertoleransi dan bertimbang rasa terhadap penganut agama lain dan layak dinobatkan sebagai “juara” dalam pertandingan meraikan penganut agama lain. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, dakwaan golongan pluralisme agama bahawa Islam telah “menomborduakan” golongan Ahl al-Dhimmah adalah tidak benar dan tertolak sama sekali.
Kata Kunci: Konsep Tauhid, al-Faruqi, Pluralisme Agama, Ahl al-Dhimmah.
PERENCANAAN STRATEGIK: SUATU TINJAUAN DARIPADA
PERSPEKTIF ISLAM
Kasyful Mahalli
Perencanaan merupakan salah satu proses dalam pengurusan dan telah berkembang pesat bukan sahaja pada bidang orgnasisasi dan korporat, namun juga telah berkembang kepada pelbagai bidang pembangunan. Pada masa yang sama perencanaan telah berkembangn menjadi pelbagi jenis dan bentuk. Salah satu jenis perencanaan yang banyak diguna pakai adalah perencanaan strategik. Permasalahannya adalah untuk apa perencanaan strategik dibuat? Apa tujuan perencanaan strategik?. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjawap pertanyaan-pertanyaan tersebut. Untuk itu fokus perbincangan dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, meneliti kegunaan perencanaan strategik. Kedua, menganalisis tujuan perencanaan strategik.. Ketiga, merumuskan perencanaan strategik daripada perspektif Islam. Akhir sekali, dengan menggunakan nilai-nilai Islam, kertas kerja ini mencuba merumuskan kegunaan dan tujuan perencanaan strategik daripada perspekitf Islam.
Kata Kunci: Perencanaan strategik, tujuan perencanaan, dan perencanaan strategik perspektif Islam.
KAEDAH PENILAIAN PRESTASI KERJA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: KES STUDI KE ATAS BANK SYARIAH DI KOTA MEDAN
Azuar Juliandi
Kaedah penilaian prestasi kerja menurut pandangan konvensional banyak dikaji oleh ahli akademik ilmu pengurusan. Kaedah konvensional itu pula yang banyak diguna pakai oleh syarikat-syarikat perniagaan, termasuk oleh syarikat perniagaan Islam. Sementara kaedah penilaian prestasi kerja menurut pandangan Islam belum banyak dikaji oleh ahli akademik pengurusan Islam. Kaedah penilaian prestasi kerja menurut pandangan konvensional tidak semuanya selari dengan nilai-nilai Islam. Kebanyakan mengandungi nilai-nilai yang berorientasi kepada dunia dan material sahaja, belum mengandungi orientasi ukhrawi dan kerohanian. Kertas kerja ini mempunyai tujuan untuk meneroka bagaimana kaedah penilaian prestasi kerja menurut pandangan Islam dengan mengambil kes studi di bank Syariah di Kota Medan. Penyelidikan dalam kertas kerja ini menggunakan pendekatan penerokaan. Kaedah analisis data yang diguna pakai adalah analisis data deskriptif.
Kata Kunci: Prestasi kerja, Penilaian, Kaedah Islam, Bank syariah.
PRINSIP DAN KRITERIA KESETIAAN PEKERJA MUSLIM
DALAM PERSPEKTIF ISLAM
Ridwan Nurdin
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengenegahkan prinsip dan kriteria kesetiaan pekerja Muslim daripada perspektif Islam. Perspektif Islam tentang kesetiaan pekerja Muslim amat diperlukan kerana perspektif Barat/lazim dianggap tidak mencukupi dari sisi falsafah dan tasawur. Para cendekiawan Muslim mempercayai bahawa perspektif lazim lebih menitikberatkan pada akal semata-mata, sehingga dalam menilai sesuatu cenderung pragmatik materialistik, sedangkan Islam lebih menitikberatkan pada Al-Falah dan Mardhatillah (kebaikan duniawi-ukhrawi dan keredhaan Allah). Persoalan yang dibahas pada kertas kerja ini ialah, pertama, bagaimanakah Islam memandang persoalan kesetiaan pekerja? Kedua, apakah prinsip-prinsip kesetiaan pekerja? Kemudian yang ketiga, apakah kriteria-kriteria kesetiaan pekerja dalam perspektif Islam? Penulisan kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan analisis tekstual dan temu bual pakar, mendapati bahawa Islam memberikan panduan yang jelas tentang kesetiaan pekerja. Terdapat beberapa prinsip dan kriteria kesetiaan pekerja Muslim yang ideal dalam perspektif Islam. Prinsip-prinsip itu ialah Tauhid, Khilafah, Ukhuwwah dan Keadilan. Ada pun kriterianya ialah Kepatuhan Syariah, Ikhlas, Ketaatan pada pimpinan, Kesamaan dan Bertanggung jawab dalam bekerja. Prinsip dan kriteria itu dibina berlandaskan kepada nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah.
Kata Kunci: Kesetiaan Pekerja, Perspektif Islam, Prinsip dan Kriteria Kesetiaan Pekerja Muslim.
Understanding the importance of Islamic values in exporting activity
Zaharah Ghazali
A neglected aspect of the literature in the research study on Islamic development is an inclusive inquiry into exporting activity from an Islamic perspective. Such inquiry ventures to explore the core values of Muslim exporters and the role of Islamic-based faith over exporting activity. For that purpose, this paper briefly reviews major studies available in conceptualizing Islamic teachings as codes for business ethics control greed and to ensure that individuals and societies at large are not victimize the desires of business persons for profit maximization at any cost. A content-based analysis has been sought to understand this particular issue of Muslims as going global. In conclusion, export success is judged not in material terms but rather by the degree to which the Muslim is able to comply with Allah's rules. This interest connects closely to the essence of Muslim exporters in the hopes of seeking pleasure from Allah.
Keywords: Islamic values, Muslim exporters, exporting activity.
PEMBANGUNAN INSAN DALAM PEMBANGUNAN LAZIM:
ANALISIS BERDASARKAN TASAWUR ISLAM
Mohd Hafez Sabri
Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan mengkaji kaedah pembangunan insan dalam konteks pembangunan lazim. Pembangunan insan di sini merujuk kepada cara atau kaedah untuk membangunkan diri seseorang insan dengan sifat-sifat terpuji. Sifat-sifat terpuji perlu ada dalam diri seseorang insan bagi membentuk jatidiri insan yang mulia. Sebenarnya terdapat perbezaan antara kaedah pembangunan insan dalam konteks pembangunan lazim dengan kaedah pembangunan insan dalam konteks pembangunan berteraskan Islam. Persoalannya apakah kaedah pembangunan insan menurut pembangunan lazim? Kenapakah kaedah pembangunan insan lazim ini tidak boleh diguna pakai untuk pembangunan insan Muslim? Untuk menjawab kedua-dua persoalan ini, kajian ini memfokuskan perbincangan terhadap dua perkara berikut. Pertama, mengenal pasti kaedah pembangunan insan dalam konteks pembangunan lazim. Kedua, menganalisis kaedah pembangunan insan dalam konteks pembangunan lazim tersebut berdasarkan tasawur Islam. Akhirnya kertas kerja ini merumuskan bahawa kaedah pembangunan insan dalam konteks pembangunan lazim tidak boleh diguna pakai untuk pembangunan insan Muslim. Hal ini kerana ia bertentangan dengan tiga elemen asas tasawur Islam iaitu Allah SWT sebagai Pencipta, manusia sebagai makhluk dan sumber alam sebagai makhluk.
Kata kunci: Pembangunan insan, Pembangunan lazim, Tasawur Islam.
ISLAMIC MANAGEMENT OF POVERTY FROM HISTORICAL PERSPECTIVE
Taha Mohd Omar
This paper has two objectives. Firstly it intends to understand Islamic poverty management based on Islamic historical events after the migration from Mecca until the death of Prophet Muhammad pbuh. Secondly it attempts to find the accurate role of poverty based on Islamic historians’ view from around the world. Although in Islam improving the economy is prioritized but Islam places spiritual poverty into account too. Spiritual attributes of the development actors need to be built. This paper will apply a literature study and content analysis by examining Islamic books that are history based. As proved during the early period of Islam in Medina, the spirituality of Prophet Muhammad’s (pbuh) companions enlightens their inner ability to handle poverty. The key theme coming out from the Prophet’s (pbuh) companion’s stories is their relationship with Allah s.w.t as believers of the day of judgement (akhirah). It will be a definite assist to analyze the Islamic poverty management to come up with a solution based on Islamic history. With this historical guideline of poverty management, Islam will then be able to step up to the challenge of modern day poverty.
Keywords: Poverty Management, Islam, History of the Companions.
JAMINAN PEMBIAYAAN MUDHARABAH DI BANK SYARIAH
Isnaini
Kertas kerja ini ditulis untuk menganalisis jaminan pembiayaan mudharabah yang dilakukan oleh perbankan syariah di Medan Indonesia. Transaksi mudharabah adalah bentuk kerja sama antara dua pihak atau lebih iaitu pemilik modal (shahibul maal) mempercayakan sejumlah modal kepada pengelola (mudharib) dengan suatu perjanjian perkongsian keuntungan. Bentuk ini menegaskan kerjasama dengan sumbangan seratus persen modal daripada shahibul maal dan pengusaha daripada mudharib. Mudharabah adalah akad yang terjalin antara dua pihak yang melakukan perjanjian. Pihak pertama memberikan hartanya secara tunai kepada pihak kedua agar digunakan untuk berniaga, kemudian keuntungan yang diperoleh dibagi antara mereka sesuai dengan peratusan yang telah disepakati. Pihak pemilik modal (shahibul maal) pada prinsipnya tidak dapat menuntut adanya jaminan apapun dari mudharib untuk mengembalikan modal atau modal dengan keuntungan. Namun kenyataannya pihak shahibul maal mempersyaratkan pemberian jaminan dari pengelola (mudharib) dan menyatakan hal ini dalam syarat kontrak, maka kontrak mudharabah tersebut menurut mayoritas ulama (jumhur ulama) tidak sah (ghair shahih) karena bertentangan dengan prinsip dasar akad dalam mudharabah. Meskipun fiqih tidak mengizinkan pemilik modal (shahibul maal) untuk menuntut jaminan daripada pengelola (mudharib), dalam kenyataannya, bank syariah umumnya masih meminta bentuk jaminan dengan asas mengantisipasi terjadinya ingkar janji pihak pengelola. Di Indonesia, amalan penggunaan jaminan untuk pembiayaan mudharabah telah dikuatkuasakan UU Nombor 10 tahun 1998 tentang perbankan dan UU Nombor 21 tahun 2008 tentang perbankan syariah maupun menurut Fatwa Dewan Syariah Nasional Nombor 07/DSN-MUI/IV/2000 juga membolehkan amalan jaminan. Kertas kerja ini akan membahas mengenai persoalan-persoalan jaminan pembiayaan mudharabah di perbankan syariah. Untuk menjawab penyelidikan ini, kajian menggunakan metode yuridis normatif yang bersifat kualitatif dengan cara menganalisis data primer dan sekunder sehingga menghasilkan jawaban dari permasalahan yang ada. Hasil yang dicapai daripada kajian ini adalah untuk menganalisis penerapan jaminan mudharabah di bank syaraiah sehingga dijangkakan boleh memperkasakan pengusaha kecil dalam penyediaan modal perniagaan dan penyempurnaan pembuatan akta pembiayaan mudharabah yang lebih berpihak kepada mudharib.
Kata Kunci : Jaminan Pembiayaan, Mudharabah.
Kata Kunci : Jaminan Pembiayaan, Mudharabah.
RELATIONSHIP MARKETING FROM ISLAMIC PERSPECTIVE
Murni Yusoff
Relationship marketing (RM) has started to be accepted as marketing paradigm since 1990s. In spite of its benefits to the various types of business organizations, RM has also been criticized since its emergence. One of the critiques that have been argued by scholars are RM has been over-conceptualized but less empirical evidences. As RM has been introduced based on Western worldview, the critiques are also rooted in the same worldview. This paper intends to explore the critiques from a different perspective by accomplishing two objectives. The first objective is to address the current concepts in RM that have been identified to be over-conceptualized. In reality, Islamic business organizations grow tremendously across the world and the relationship approach in marketing is a potential strategy to be implemented in most of the businesses. Hence, it is important to analyze the RM from Islamic perspective as the second objective. The methodology applied in this paper is Content Analysis as it utilizes the secondary data. As findings, the Islamic principles of Tawhid, Brotherhood (Ukhuwwah), Moderation (Wasatiyyah), and Justice (A’dl) will be used as the core elements in the process of formulating an Islamic RM strategy to be implemented in the Islamic business organizations.
UPAYA PERLINDUNGAN TERHADAP ANAK JALANAN
Muazzul
Upaya perlindungan terhadap anak terlantar di jalanan pada pokoknya adalah segala daya upaya yang dilakukan secara sadar oleh setiap orang maupun lembaga pemerintah dan swasta untuk melindungi anak-anak dari kondisi fisik maupun psikisnya yang tidak tumbuh secara sempurna dengan cara-cara yang menjunjung tinggi Hak Azasi Manusia. Eksploitasi anak dapat dilakukan upaya perlindungan dengan memberikan penyuluhan kepada semua pihak untuk dapat menjalankan tanggung jawabnya masing-masing. Kajian ini akan berfokus pada penyebab anak-anak menjadi terlantar di jalanan. Hakikat perlindungan anak seharusnya anak-anak tersebut berada di dalam lingkungan sekolah dan didikan orangtuanya agar memperoleh kasih sayang.
Kata kunci : Perlindungan anak jalanan
PENDEKATAN MOTIVASIONAL PADA REKA BENTUK KERJA BERBASIS ISLAM TERHADAP PRESTASI KERJA PADA BANK MUAMALAT MEDAN
Hery Syahrial
Bank Muamalat merupakan institusi kewangan bank Islam yang selama ini telah mengamalkan suatu kaedah (pendekatan) motivasional pada reka bentuk kerja dalam meningkatkan prestasi kerjanya. Persoalannya pendekatan motovasional seperti apa yang dilakukan bank Muamalat Medan dalam meningkatkan prestasi kerja tersebut. Dalam kaitan ini kertas kerja ini akan mengenalpasti pendekatan motivasional yang dilakukan di bank Muamalat Medan. Untuk menjawab penyelidikan ini, kajian menggunakan metode deskriptif. Hasil kajian ini diharap boleh memperkembangkan teori pendekatan motivasional.
Kata Kunci: Motivasional, Reka bentuk kerja, Prestasi kerja, Bank Muamalat Medan.
IKHWANUL MUSLIMIN DALAM ARUS POLITIK MESIR: ANALISIS DALAM GERAKAN DAKWAH KE ARAH PENGUKUHAN POLITIK
Munirwan Muhammad Alamy
Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis gerakan Ikhwanul Muslimin yang dipengaruhi oleh pemikiran Hasan Al Banna yang telah memberikan kesan terhadap kehidupan masyarakat Mesir . Pada tahun 1928 Ikhwanul Muslimin ditubuhkan di Ismailiyah Mesir terus berkembang dengan menyebarkan konsep islam yang syumul sehingga ramai pengikut sampai ke seluruh dunia.Persoalannya apakah bentuk atau metode Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan pada masa Hasan Al Banna, dan bagaimanakah gerakan dakwah kearah pengukuhan politik Mesir.Kalau dikaji menurut sejarah pergerakan Ikhwanul Muslimin dari masa kemasa selalu di dhalimi dan diharamkan daripada pergerakan politik dan pergerakan dakwah di Mesir.Walaupun demilkian keupayaan Ikhwanul Muslimin tetap bertahan dan istiqamah dalam mempertahankan nilai-nilai dakwah dan harakah menuju tegaknya khilafah islamiyah.Berdasarkan kajian perpustakaan bahawa Ikhwanul Muslimin mencuba merumuskan kesatuan gerakan dakwah yang boleh diterima oleh masyrakat islam dengan tidak mengurangi rasa keadilan,kebersamaan dan kesejahteraan menuju ke arah pengukuhan politik dalam arus politik Mesir.
Kata Kunci: Politik Ikhwan, Ikhwanul Muslimin, Gerakan Islam.
Pemanfaatan Tanah Terbiar untuk Pembangunan
Agustyarsyah
Kertas kerja ini tertumpu untuk mengetahui tanah-tanah terbiar dimanfaatkan semaksima mungkin dengan konsep syariah yaitu pemanfaatan tanah untuk rakyat, karena tanah adalah milik Allah SWT. Indonesia memiliki Kementerian Pembangunan Daerah Tertinggal (KPDT) yang mencadangkan agar daerah tertinggal dapat diberdayakan melalui pemanfaatan tanah terbiar secara maksimum. Apabila tanah-tanah tersebut tidak dimanfaatkan maka kita termasuk orang-orang yang tidak bersyukur kerana bangsa ini telah diberi Allah tanah yang subur tetapi tidak dapat memanfaatkannya dengan baik.
Kata Kunci: Tanah terbiar, Pemanfaatan untuk rakyat.
TA‘AWUN SEBAGAI ASAS KESEPADUAN SOSIAL: ANALISIS KES KAWASAN RUKUN TETANGGA DI PULAU PINANG
Zaleha Embong
Kesepaduan sosial merupakan aspek penting untuk mewujudkan ikatan kebersamaan dalam masyarakat majmuk. Oleh sebab itu, kesepaduan sosial menjadi cita-cita seluruh masyarakat Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian. Kebanyakan negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk mengalami masalah ekoran perbezaan latar belakang. Malahan, berlakunya kekacauan, peperangan, diskriminasi, penindasan dan sebagainya. Sebaliknya, negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada masyarakat majmuk masih mampu mengekalkan kestabilan sosial dan kesejahteraan walaupun masih berada pada keadaan stable-tension. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis peranan ta‘awun sebagai asas kesepaduan sosial di KRT, Pulau Pinang. Kertas kerja ini akan menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kajian kepustakaan. Manakala, kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil dapatan mendapati amalan ta‘awun dalam KRT, Pulau Pinang berperanan penting sebagai asas untuk mencapai kesepaduan sosial.
Kata Kunci: Ta'awun, Kesepaduan Sosial, Rukun Tetangga.
Umer Chapra’s Contribution in Dvelopment Economics From Islamic Perspective
Foyasal Khan
Over the last three centuries, a cluster of Muslim thinkers and activists- from Shah Waliullah to Ahmad Shaheed; from Sir Ahmad Khan and Jamaluddin Afghani to Muhammad Iqbal and M. A. Jouhar to Manazir Ahsan Geelani, M. Uzair, Anwar Iqbal Qureshi and Mawdudi; and from Mawdudi to Umer Chapra, Khurshid Ahmad and Nejatullah Siddiqui- have been dedicated their intellectual endeavors in order to develop what we know today as Islamic economics (Hassan; 2011). This paper aims to discuss and critically analyse the notable contribution of Professor Dr. M Umer Chapra- a renowned third generation Islamic economist and Research Advisor at the Islamic Research and Training Institute (IRTI) of the Islamic Development Bank (IDB), Jeddah- in Development economics from Islamic perspective. His valuable thought on development economics has been lucidly articulated in his one of the outstanding contributions entitled “Islamic And Economic Development: A Strategy for Development with Justice and Stability” first published in Pakistan in 1993 jointly published by The International Institute of Islamic Thought (IIIT) and Islamic Research Institute (IRI), Islamabad, Pakistan aiming to serve as a text-book for use by university students and to supply the food for thought to all those who wish to understand the Islamic perspective on development. Apart from critically evaluating the neo-classical and socialist strategies for development to show why they cannot enable the Muslim countries to realize their own vision of development, the learned author has succinctly demonstrated his thought on development economics through formulating a strategy that is in harmony with the Islamic world-view and ideals which were, in his claim, missing in earlier works.
Keyword: Umer Chapra, Economic Development, Islamic Perspective.
ISLAMIC DEBT-FINANCING, THE MACROECONOMIC CONDITION AND LIQUIDITY RISKOF ISLAMIC BANK IN MALAYSIA
Mohamad Helmi Hidthiir
The general objective of this study is to analyze and explain the determinants of liquidity risk whether come from macroeconomic condition and Islamic banks most preferable modes of financing which are BBA and AITAB in Malaysia. This study specifically attempts to fulfill two objectives. First objective are to analyze the impact of macroeconomic variables, BBA and AITAB financing on liquidity risk. The second objective is to draw economic implications for the determinants of Islamic banks liquidity risk. Based on these objectives, this research attempts to tests the impact of macroeconomic variables and BaiBithamanAjil (BBA) and IjarahThumma Al-Bai (AITAB) debt-financing modes on liquidity risk using an unbalanced panel dataset of 17 Islamic banks in Malaysia over the period 1998-2010by applying panel data regression to estimate Islamic bank liquidity risk.The results show that low level of liquidity of Islamic banks implies that the amount of capital needed to support unexpected withdrawals from the depositors is minimal. Though Islamic banks in Malaysia prefer BBA and AITAB debt financing to equity-based financing for managing liquidity risk, however, it signifies that the higher volatility of BBA and AITAB financing modes will increase the liquidity risk and the risk of not be able to fulfill the unexpected financing demand. For macroeconomic condition, it show a positive relationship and means that higher economic growth make banks run down their liquidity buffer and induce banks to lend more and at the same time attract less deposit during economic expansions and increasing liquidity risk. For conventional bank deposit rate, the relationship of liquidity risk and conventional bank deposit rate is positive indicates that whenever conventional banks offer attractive deposit rate, Islamic banks also will follow through by offering competitive and attractive deposit rate. This policy will prevent the liquidity risk to be higher when there is a change of conventional banks deposits rates.
Keywords: Islamic Debt-financing, The Macroeconomic Condition, Liquidity Riskof, ISslamic Bank.
GAYA HIDUP PENGGUNA MUSLIM BANK ISLAM DI BANDA ACEH-INDONESIA
Ahmad Nizam
Kertas kerja ini bertumpu kepada perbincangan tentang pengguna Muslim, khususnya gaya hidup pengguna Muslim dalam memilih perbankan Islam di Aceh. Masyarakat Aceh khususnya adalah majoriti beragama Islam. Dalam kenyataannya kefahaman, pengetahuan serta gaya hidup masyarakat untuk berhubungan kepada perbanka Islam relatif masih rendah. Masalahnya apakah hal itu disebabkan kerana gaya hidup mereka yang tersendiri? Oleh itu kajian ini dilakukan untuk membentuk suatu prinsip-prinsip dan kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim perbankan Islam dari perspektif Islam. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan analisis deskriptif. Dapatan kajian ini membentuk prinsip-prinsip dan kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim, iaitu niat dalam penggunaan, pemilihan produk yang baik, suci dan halal, maslahah dalam penggunaan, tauladan dalam penggunaan serta bijak dalam penggunaan serta bijak dalam penggunaan untuk urusniaga kewangannya yang selaras dengan konsep syariah.
Kata Kunci: Gaya Hidup Pengguna Muslim.
PRACTICING OF AMANAH VALUE IN IMPROVING WORK PERFORMANCE
IN FARMERS AT NGANJUK
Sri Herianingrum
This study aims to determine and explain how the practice of amanah value in improving the work performance of farmers. This study focuses the discussion on the value amanah. Amanah meanstrustworthy, responsible, and credible. This study used a qualitative approach to the strategy ofexploratory case studies. Data was collected through interviews and direct observation. These results indicate that most of the informants had been practicing the amanah to their farmers. Amanah value of this practice can be seen from the behavior of farmers who are able honesty, restore any rights to the owner, either a little or a lot, do not take more than he has, and does not diminish the rights of others,whether it be agriculture or wage labor in farming. Amanah values applied in the farming process because it can improve the quality of farming and of good quality so that it will provide a positive impact on farm, owners and hodge. As one of sectors that has Islamic-based should maintain amanahvalue that has been applied and practiced by a qualified farmer in the farming process in order to obtain good results and achievements.
Keywords: Amanah, Achievement, Farmers.
The Role of Compliance of a Muslim Distribute Zakat (Muzakki) to Performance of BAZIS and Non-BAZIS on Mustahiq’s Welfare
Tika Widiastuti
The purpose of this study is to analyze the role Muslim adherence factor (muzakki) channel on the performance of zakah institutions (BAZIS), compliance factors influence a Muslim (muzakki) channel on the performance of zakah institutions (Non-BAZIS), role the performance of the zakah institutiton (BAZIS) against mustahiq’s welfare, influence the performance of the zakah institutiton (Non-BAZIS) against mustahiq’s welfare, understand the views of Al-Quran and As-Sunnah (QS. Al-Bayyinah:5) towards compliance distribute zakah, performance of BAZIS zakah institution, performance of Non-BAZIS zakah institution and mustahiq’s welfare. There are three approaches used in this study namely Sharia quantitative approaches, sharia qualitative and intuitive/ kashef. Quantitative analysis is used to see the relationship between variables. The technique used is the Partial Least Square (PLS). The population in this study are all muzakki existing zakah institutions in East Java well shaped BAZIS and Non-BAZIS. The results of this study shows that quantitative mustahiq’s welfare is affected by compliance of muzakki and performance zakah institution of BAZ (Badan Amil Zakat) and LAZ (Lembaga Amil Zakat). Systematic and continuous education is required for the muzakki in sharia and intuitive qualitative/ kashef on compliance distribute zakah based on the instructions in the Al-Quran and Hadith especially in East Java Province.
Keyword: Compliance of muzakki, Performance of the institution of zakah and mustahiq’s wa.
PERSAUDARAAN
ISLAM DALAM PELAKSANAAN PENILAIAN PRESTASI: SATU KEPERLUAN SEJAGAT
Ab Aziz Yusof
Penilaian prestasi merupakan nadi kepada
pelaksanaan pengurusan sumber manusia. Matlamat utama fungsi ini adalah
bertujuan untuk menilai, menentukan ganjaran dan membangun pekerja yang telah
diterima sebagai aset utama organisasi. Sungguhpun begitu pelaksanaannya sering
dibayangi oleh amalan politik pejabat pengurus sehingga terdedah kepada ketidaktepatan, ketidaktelusan
dan ketidakadilan. Kesannya, pereratan persaudaraan dalam kalangan anggota
organisasi terungkai akibat daripada kekecewaan, kemarahan dan ketegangan. Kertas
kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk meneroka bagaimana persaudaraan
Islam harus diberi keutamaan sebagai mekanisme untuk mewujudkan
kehormonian dalam kehidupan
berorganisasi.
REFLECTION: A USEFUL TOOL FOR MUSLIMS?
Nefertari Arsad
Is reflection a worthwhile activity for Muslims? Is it a habit we should teach our youth? Are there specific verses in the Qur'an that refer to this activity? In what context? Reflection means serious thought or consideration. The Holy Qur'an makes mention of advantages associated with reflecting or pondering, one of the most important being the potential to attain to truth and wisdom. Secular educators see it as a worthwhile learning experience for several reasons. Among its salient uses is to deepen conceptual learning in students and strengthen their affective skills. Utilizing archival research and literature review, this paper briefly reviews the discourse of some contemporary Muslim scholars about reflection as a human activity. Based on the finding that reflection has both temporal and spiritual advantages to men, the paper also attempts to establish how its practice impacts the quality of our daily lives.
Keyword: Reflection, Knowledge, Wisdom.
Amalan Kasih Sayang Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Berdasarkan Konsep Kepimpinan Ta’dib
Ahmad Sukari Mohamad
Dewasa ini sering kali timbul pelbagai isu berkaitan salah laku guru di dalam media masa dan media elektronik sehingga wujud dakwaan tentang kelunturan amalan kasih sayang dalam kalangan guru termasuk guru pendidikan Islam terhadap pelajar. Justeru artikel ini bertujuan membincangkan aspek amalan kasih sayang dalam kalangan guru Pendidikan Islam berdasarkan konsep kepimpinan ta’dib. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan melalui penerokaan terhadap dalil-dalil naqli, penulisan tokoh-tokoh pendidikan Islam seperti al-Ghazali, al-Qasimi, al-Nawawi dan sebagainya berkaitan aspek-aspek amalan kasih sayang dalam kalangan guru sebagai pemimpin muaddib. Hasil perbincangan tersebut guru Pendidikan Islam perlu mencurahkan kasih sayang keibubapaan kepada pelajar, mengambil berat kebajikan pelajar, menunjuk contoh kasih dalam tutur kata dan perlakuan dan mewujudkan hubungan hati dengan pelajar melalui zikir dan doa.
Kata Kunci: Kepimpinan Ta’dib, Amalan Kasih Sayang, Guru Pendidikan Islam.
Persepsi Usahawan Asnaf Terhadap Pemantaun Tadbir Urus Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP)
Suraya Ab Jaafar
Sejak tahun 2009, MUIP telah menyediakan skim bantuan perniagaan sebagai agihan produktif kepada asnaf yang ingin menjadi usahawan. Bagi menguruskan usahawan asnaf di Pahang, MUIP menyerahkan sepenuhnya kepada GIATMARA untuk memberi kemahiran perniagaan dan membuat pemantauan. Di Pahang, MUIP kurang menjalankan pemantauan berbanding negeri Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan. Ada kajian yang menyatakan golongan asnaf perlu dipantau dengan baik oleh institusi zakat. Ini kerana golongan asnaf kurang kemahiran, ilmu, dan kurang mengamalkan ciri-ciri keusahawanan dalam perniagaan. Hasil kajian menunjukkan pemantauan merupakan salah satu faktor kejayaan asnaf dalam perniagaan. Persoalannya, bagaimanakah usahawan asnaf di Pahang boleh meneruskan perniagaan tanpa kekerapan pemantauan daripada MUIP? Kertas kerja ini ingin melihat persepsi usahawan asnaf terhadap pemantauan MUIP terhadap usahawan asnaf. Bagi mengumpul data, kajian primer iaitu temu bual dan kajian sekunder iaitu perpustakaan telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan usahawan asnaf memerlukan pemantauan kerana untuk mengelakkan asnaf menyalahgunakan modal. Persepsi asnaf ini merujuk kepada hasil pengalaman dan pengetahuan agama.
Kata kunci: Usahawan asnaf, Persepsi, pemantauan.
SOLUSI: WAKAF POKOK KELAPA
SEBAGAI INSTITUSI EKONOMI
AL. Umry
Wakaf Pokok Kelapa telah lama dikenal khususnya di Kabupaten Asahan, Sumatera Utara-Indonesia. Dalam pelaksanaannya banyak terhimpun dana yang bersumber dari wakaf pokok kelapa, karena di kawasan ini banyak terdapat pokok kelapa yang menjadi sumber kehidupan masyarakat. Di samping itu masyarakat di kawasan Asahan, menyukai wakaf dengan pokok kelapa. Hal ini disebabkan kerana dua hal, iaitu Pertama pelaksanaan wakaf dengan pokok kelapa tidak mengenal jumlah, dalam arti masyarakat yang hanya memiliki sedikit pokok kelapapun boleh berwakaf. Kedua dalam pelaksanaan wakaf pokok kelapa hanya pokok kelapanya saja yang diwakafkan, sedangkan tanah tempat tumbuhnya pokok kelapa itu, tidak ikut diwakafkan, sehingga hal ini tidak memberatkan masyarakat. Persoalan yang dihadapi dalam masalah wakaf pokok kelapa adalah, dana yang berasal dari wakaf pokok kelapa belum digunakan untuk membantu ekonomi ummat, sementara masih banyak ummat Islam yang memerlukan bantuan dana untuk kehidupannya. Persoalan ini bermula dari keterikatan nazir terhadap niat asal pewakif, iaitu wakaf pokok kelapa itu hanya ditujukan untuk membangun sarana peribadatan, seperti masjid dan mushola, sehingga walaupun ada dana yang berasal dari wakaf pokok kelapa, pihak nazir hanya menggunakannya untuk niat asal pewakif saja. Hal ini perlu dipikirkan oleh pemikir-pemikir Islam, sehingga potensi wakaf pokok kelapa itu tidak hanya terhad pada pembangunan sarana ibadah semata. Mengenai hal ini penyidik menawarkan dua solusi iaitu Pertama, dana yang tersedia dikembangkan oleh pihak nazir dalam suatu serikat perniagaan. Keuntungan dari perniagaan yang dikembangkan oleh nazir tersebut, diagihkan kepada ummat yang memerlukan dengan menggunakan system bagi hasil. Artinya ummat harus mengembalikan dana tersebut ditambah dengan sedikit pembagian keuntungan yang didapat. Dengan demikian, ada dua keuntungan yang diperoleh, iaitu masyarakat atau ummat terbantu dan kedua dana wakaf yang berasal dari pokok kelapa akan terus bertambah. Kedua adalah pemberi pemahaman kepada ummat Islam yang ingin berwakaf, bahawa wakaf pokok kelapa itu tidak semata-mata hanya untuk membangun sarana ibadah sahaja, tetapi boleh juga berwakaf dengan niat untuk membantu kemaslahatan ummat. Dengan demikian nazir tidak akan ragu untuk mengagihkan dana wakaf pokok kelapa itu untuk membantu masyarakat, kerana tidak bertentangan dengan niat asal pewakif. Jika hal ini dapat dilaksanakan, maka akan lahir suatu lembaga pendanaan ummat yang berasal dari wakaf pokok kelapa. Kedua solusi yang penyidik tawarkan di atas, perlu pengkajian secara ilmiah, sehingga pelaksanaanya tidak bertentangan dengan pandangan Islam dan perundang-undangan Negara. Inilah yang menjadi inti persoalan pada kertas kerja ini.
Kata Kunci: Wakaf Pokok Kelapa-Institusi Ekonomi.
Falsafah Pengurusan Secara Islam dalam Mekanisme Penilaian Prestasi
Abdullah Fahimy Abu Bakar
Kertas kerja ini bertujuan mengkaji sejauh mana falsafah pengurusan secara Islam mampu dimanfaatkan dalam menjalankan proses penilaian prestasi. Elemen ini dilihat penting demi memastikan wujud kesinambungan dalam kaedah pengurusan secara Islam pada peringkat pelaksanaannya. Kesinambungan ini seharusnya diberikan perhatian terutamanya apabila ia menjurus kepada perihal menguruskan sesebuah institusi pembangunan berteraskan Islam. Namun sebelum ianya dapat direalisasikan, terdapat persoalan-persoalan teoretikal yang perlu dijawab. Persoalan-persoalan yang dimaksudkan ialah apakah yang dimaksudkan sebagai falsafah pengurusan secara Islam? Apakah pula penilaian prestasi dari perspektif Islam? Bagaimanakah falsafah pengurusan secara Islam dapat diterapkan dalam proses penilaian prestasi? Kupasan dalam kertas kerja ini melibatkan penelitian terhadap kajian lepas dan karya terdahulu yang berkaitan. Penilitian secara analisis teks dilakukan bagi mengenal pasti hujah-hujah yang dikemukakan oleh para pengkaji kontemporari berkaitan isu ini. Dengan mengenal pasti hujah-hujah tersebut, diharapkan satu mekanisme penilaian prestasi yang didasari oleh falsafah pengurusan secara Islam dapat dibentuk, dan seterusnya dilaksanakan di institusi-institusi pembangunan berteraskan Islam.
KAEDAH PENGUKURAN DAN PENGAKUAN AKAUN PENYATA KEWANGAN UNTUK TAKSIRAN ZAKAT
Irfan
Tujuan utama perakaunan iaitu menyajikan informasi ekonomi dari suatu kesatuan ekonomi kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Diharapkan juga informasi perakaunan berguna dalam taksiran zakat yang benar atau sesuai syariah Islam.Untuk itu diperlukan adanya penyesuaian pengukuran dan pengakuan sejumlah akaun pada penyata kewangan, kerana tidak semua metode perakuanan lazim dipakai sesuai dengan prinsip-prinsip syariah Islam. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan kaedah pengukuran dan pengakuan akaun penyata kewangan untuk taksiran zakat mal syarikat. Pendekatan kajian menggunakan analisis kualitatif.
Kata Kunci: Pengukuran, Pengakuan, Penyata kewangan, Taksiran zakat.
PENERIMAAN AL-RAHNU OLEH USAHAWAN KECIL MUSLIM DI KELANTAN: SATU CADANGAN PENYELIDIKAN
Salimah Yahaya
Usahawan kecil sering menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman di institusi kewangan kerana hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, antaranya termasuklah membuka kedai makanan, kedai jahitan, kedai runcit dan kedai kraftangan. Kebanyakan usahawan kecil tidak mempunyai cagaran untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan. Institusi kewangan pula tidak mahu menanggung kerugian kerana tiada jaminan bayaran balik. Oleh itu, Al-Rahnu menjadi alternatif kepada usahawan kecil untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan kerana skim ini menyediakan pembiayaan untuk golongan yang dipinggirkan oleh sistem kewangan formal. Terdapat dua isu utama penerimaan Al-Rahnu oleh usahawan kecil iaitu pertama, isu tentang kelemahan perkhidmatan di institusi kredit mikro sehingga menyukarkan usahawan kecil untuk mendapatkan kemudahan pinjaman mikro. Kedua, isu yang melibatkan penerimaan Ar-Rahnu oleh usahawan kecil yang masih rendah iaitu kira-kira 12.49 peratus dan 2.3 peratus sahaja. Persoalannya, bagaimanakah penerimaan usahawan kecil terhadap Al-Rahnu? Mengapa penerimaan Al-Rahnu oleh usahawan kecil masih rendah? Apakah faktor-faktor sebenar yang menentukan penerimaan usahawan kecil terhadap Al-Rahnu? Bagi menjawab isu ini maka kertas kerja ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor-faktor penerimaan usahawan kecil Muslim terhadap Al-Rahnu. Kertas kerja ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan data dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil penulisan kertas kerja ini menjangkakan bahawa faktor kepatuhan beragama, faktor demografi, motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik mempengaruhi penerimaan usahawan kecil Muslim di Kelantan terhadap Al-Rahnu.
Kata Kunci: Al-Rahnu, Usahawan kecil Muslim.
PENGUKUHAN POLITIK MELALUI RUNDINGAN MEJA BULAT: TINJAUAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
Roslan Hassan
Rundingan meja bulat merupakan salah satu kaedah dalam menyelesaikan konflik yang timbul. Kewujudan konflik disebabkan oleh pelbagai sebab, antaranya disebabkan oleh nilai, objektif dan keperluan yang selalunya tidak sama. Ahli politik harus mempunyai kemahiran dalam menangani konflik dengan menggunakan kaedah-kaedah yang betul berdasarkan situasi tertentu. Rundingan meja bulat penting untuk membincangkan pelbagai isu berbangkit. Ia juga penting untuk merumuskan satu penyelesaian yang menyeluruh bagi kepentingan rakyat.Terdapat lima kaedah pengurusan konflik yang dibangunkan oleh Thomas-Kilmann iaitu bersaing, bertolak ansur, mengelak, berkolaborasi dan akomodasi akan digunakan apabila berhadapan dengan konflik. Persoalannya, selain daripada pengurusan konflik tersebut tidak adakah pengurusan konflik menurut perspektif Islam? Bagi menjawab persoalan tersebut, maka kertas kerja ini dilakukan dengan mengenal pasti dan menganalisis tatacara pengurusan konflik yang boleh digunakan dalam rundingan meja bulat yang dilihat dari perspektif Islam. Kertas kerja ini dilakukan berdasarkan kepada kajian perpustakaan dan kajian lapangan.Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data tersebut. Hasil daripada analisis tersebut didapati bahawa pengurusan konflik ini telah diamalkan semenjak zaman Nabi SAW lagi. Pengamalan ini diteruskan oleh para ulama. Para ulama merumuskan pengurusan konflik ini bermula dengan menekankan soal pembersihan hati, diteruskan dengan kaedah musyawarah (mesyuarat), ketaatan kepada pemimpin dan akhlak mahmudah (terpuji).
Moslem intellectuals, inter alia: al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali, Ibnu Taimiyah, Ibnu Khaldun, Jamaludin al-Afghani and al-Maududi, have factually addressed concepts of Islamic leadership since the classical era. Unfortunately, only a few Moslem researchers further study them and they are not yet further developed optimally. Accordingly, it is deemed necessary to further study about Islamic leadership by identifying the parameters advocated by Moslem leaders through contextual understandings. The purpose of this study is to examine the influence of Islamic leadership toward organizational citizenship behaviour and the performance of employee at Maliki Islamic State University (UIN) Malang. This research used 194 employees as population and 144 employees as samples. To test islamic leadership at this unversity, factor analysis is used and SEM is used to test islamic leadership on work performance and OCB. Factor analysis reveals eight factors of islamic leadership. Through SEM testing, it is known that Islamic leadership infuences directly and significantly toward the employees’s OCB of Maliki Islamic State University (UIN) Malang with positive direction.OCB influences directly and signifcantly towards the university‘s employess’s work performance with positive direction. The result indicates that the highest the OCB’s rate, the highest the employee’s work performance.
Keywords: Islamic Leadership, Organizational Citizenship Behaviour, Employee Performance, UIN Maliki Malang.
Keinginan beragama dan mempercayai kewujudan kuasa ghaib yang menguasai alam merupakan fitrah setiap manusia yang wujud secara semulajadi demi kebaikan diri mereka sendiri. Kajian ini memfokuskan kesan fenomena alam terhadap kepercayaan akidah individu sebagaimana yang diketahui bahawa fenomena alam berkait rapat dengan sifat ketuhanan sesuatu agama mengikut perspektif individu tersebut. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca atau faktor daripada fenomena alam sering dikaitkan dengan akidah manusia, seterusnya mengetahui kesan fenomena tersebut kepada kehidupan mereka. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan. Satu analisis dokumen daripada bahan rujukan seperti buku, rencana, jurnal dan artikel yang berkaitan dengan ilmu antropologi dilakukan bagi mendapatkan gambaran kepercayaan manusia. Hasil kajian daripada analisis dokumen membuktikan bahawa setiap perkara yang berlaku samada berbentuk bencana atau keajaiban alam memberi kesan yang mendalam kepada kepercayaan individu atau sesuatu kaum.
Kata Kunci: Akidah, Kepercayaan, Fenomena Alam, Ketuhanan.
Interaksi sosial merupakan keperluan dalaman manusia. Ini disebabkan manusia hidup dalam masyarakat yang saling bergantung antara satu sama lain bagi memuaskan kehendak sosial dan psikologi. Mutakhir ini, media sosial seperti Facebook menjadi platform komunikasi yang aktif dalam segenap masyarakat. Kertas kerja ini membincangkan faktor dan kesan penggunaan Facebook dalam interaksi sosial, khususnya remaja. Kajian ini menggunakan instrumen kajian perpustakaan sebagai sumber data utama manakala instrumen temubual sebagai sumber data sokongan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor yang mempengaruhi penggunaan Facebook ialah kewujudan teknologi yang canggih, selain dapat memenuhi keperluan emosi dan laman sosial yang menarik. Manakala kesan positif Facebook dalam interaksi sosial remaja ialah meluaskan hubungan silaturrahim, memupuk hubungan interaksi antarabudaya, memenuhi kefahaman komunikasi dan sebagai medium pengetahuan dan perkongsian. Kesan negatif yang dapat dikenal pasti pula ialah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis semakin terhakis dan bersikap individualistik. Selain itu, remaja juga terdedah menjadi mangsa buli siber, tekanan emosi dan terdedah kepada gambar atau bahan tidak sesuai serta ditiru.
Kata Kunci: Interaksi sosial, Facebook, kesan positif, kesan negatif, faktor.
Kertas kerja ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti kedudukan Hisbah dalam Islam. Kedua, mengenal pasti dan menganalisis kesan rasuah mengikut pandangan Islam dan ketiga mencadangkan Hisbah sebagai satu mekanisme dan langkah membendung rasuah. Kajian ini penting dilakukan memandangkan Hisbah merupakan satu bentuk pendekatan Islam yang sangat istimewa dalam mengawasi dan memerangi kemungkaran. Ia juga merupakan manifestasi kepada pelaksanaan seruan amar makruf nahi mungkar. Secara umumnya, kajian ini tertumpu kepada perbincangan tentang Hisbah dan rasuah yang berlaku dalam kalangan masyarakat umum. Realitinya memperlihatkan rasuah adalah satu bentuk kemungkaran yang berlaku dalam kehidupan masyarakat sehari-hari sedangkan ianya secara jelas telah di larang dalam Islam. Berikutan dua perkara ini, maka timbul persoalan. Apakah kesan kepada pengamalan rasuah ini kepada kehidupan masyarakat? Apakah pula mekanisme dan pendekatan yang ada pada Hisbah dalam mengurangi dan membendung rasuah ini daripada terus diamalkan? Kertas kerja ini secara umumnya berhasrat mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini. Maklumat kertas kerja ini diperoleh menerusi pendekatan kajian perpustakaan. Ia dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan daripada analisis ini membawa kepada rumusan bahawa rasuah perlu dibanteras dan diperangi dengan penuh kesungguhan memandangkan ianya membawa dampak negatif ke atas kehidupan masyarakat dan Hisbah adalah satu bentuk pendekatan halus yang dapat mengekang kemelut ini daripada terus berleluasa.
Kata Kunci: Hisbah, Rasuah.
THE INFLUENCE OF ISLAMIC LEADERSHIP TOWARD ORGANIZATIONAL CITIZENSHIP BEHAVIOUR AND THE PERFORMANCE OF EMPLOYEE IN UIN MALIKI MALANG INDONESIA
Ilfi Nur Diana, M.Si
Moslem intellectuals, inter alia: al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali, Ibnu Taimiyah, Ibnu Khaldun, Jamaludin al-Afghani and al-Maududi, have factually addressed concepts of Islamic leadership since the classical era. Unfortunately, only a few Moslem researchers further study them and they are not yet further developed optimally. Accordingly, it is deemed necessary to further study about Islamic leadership by identifying the parameters advocated by Moslem leaders through contextual understandings. The purpose of this study is to examine the influence of Islamic leadership toward organizational citizenship behaviour and the performance of employee at Maliki Islamic State University (UIN) Malang. This research used 194 employees as population and 144 employees as samples. To test islamic leadership at this unversity, factor analysis is used and SEM is used to test islamic leadership on work performance and OCB. Factor analysis reveals eight factors of islamic leadership. Through SEM testing, it is known that Islamic leadership infuences directly and significantly toward the employees’s OCB of Maliki Islamic State University (UIN) Malang with positive direction.OCB influences directly and signifcantly towards the university‘s employess’s work performance with positive direction. The result indicates that the highest the OCB’s rate, the highest the employee’s work performance.
Keywords: Islamic Leadership, Organizational Citizenship Behaviour, Employee Performance, UIN Maliki Malang.
KESAN FENOMENA ALAM TERHADAP AKIDAH MANUSIA
Shahirah Nadiah Shaharuddin
Keinginan beragama dan mempercayai kewujudan kuasa ghaib yang menguasai alam merupakan fitrah setiap manusia yang wujud secara semulajadi demi kebaikan diri mereka sendiri. Kajian ini memfokuskan kesan fenomena alam terhadap kepercayaan akidah individu sebagaimana yang diketahui bahawa fenomena alam berkait rapat dengan sifat ketuhanan sesuatu agama mengikut perspektif individu tersebut. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca atau faktor daripada fenomena alam sering dikaitkan dengan akidah manusia, seterusnya mengetahui kesan fenomena tersebut kepada kehidupan mereka. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan. Satu analisis dokumen daripada bahan rujukan seperti buku, rencana, jurnal dan artikel yang berkaitan dengan ilmu antropologi dilakukan bagi mendapatkan gambaran kepercayaan manusia. Hasil kajian daripada analisis dokumen membuktikan bahawa setiap perkara yang berlaku samada berbentuk bencana atau keajaiban alam memberi kesan yang mendalam kepada kepercayaan individu atau sesuatu kaum.
Kata Kunci: Akidah, Kepercayaan, Fenomena Alam, Ketuhanan.
FAKTOR DAN KESAN FACEBOOK DALAM INTERAKSI SOSIAL REMAJA
Siti Adawiyah Yusuf
Kata Kunci: Interaksi sosial, Facebook, kesan positif, kesan negatif, faktor.
HISBAH MEKANISME MEMBENDUNG RASUAH: SATU PENDEKATAN
Azrin Ibrahim
Kertas kerja ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti kedudukan Hisbah dalam Islam. Kedua, mengenal pasti dan menganalisis kesan rasuah mengikut pandangan Islam dan ketiga mencadangkan Hisbah sebagai satu mekanisme dan langkah membendung rasuah. Kajian ini penting dilakukan memandangkan Hisbah merupakan satu bentuk pendekatan Islam yang sangat istimewa dalam mengawasi dan memerangi kemungkaran. Ia juga merupakan manifestasi kepada pelaksanaan seruan amar makruf nahi mungkar. Secara umumnya, kajian ini tertumpu kepada perbincangan tentang Hisbah dan rasuah yang berlaku dalam kalangan masyarakat umum. Realitinya memperlihatkan rasuah adalah satu bentuk kemungkaran yang berlaku dalam kehidupan masyarakat sehari-hari sedangkan ianya secara jelas telah di larang dalam Islam. Berikutan dua perkara ini, maka timbul persoalan. Apakah kesan kepada pengamalan rasuah ini kepada kehidupan masyarakat? Apakah pula mekanisme dan pendekatan yang ada pada Hisbah dalam mengurangi dan membendung rasuah ini daripada terus diamalkan? Kertas kerja ini secara umumnya berhasrat mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini. Maklumat kertas kerja ini diperoleh menerusi pendekatan kajian perpustakaan. Ia dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan daripada analisis ini membawa kepada rumusan bahawa rasuah perlu dibanteras dan diperangi dengan penuh kesungguhan memandangkan ianya membawa dampak negatif ke atas kehidupan masyarakat dan Hisbah adalah satu bentuk pendekatan halus yang dapat mengekang kemelut ini daripada terus berleluasa.
Kata Kunci: Hisbah, Rasuah.
AMALAN ASCETICISM DALAM KEROHANIAN BUDDHA
Nurul Ayu Bakar
Asceticism merupakan satu istilah yang merujuk kepada amalan-amalan
yang dilakukan secara fizikal bertujuan untuk mendapatkan ketingian rohani. Ia
biasanya dikaitkan dengan monk atau bikhu. Tulisan ini dilakukan adalah untuk
meninjau tahap amalan asceticism dalam kerohanian Buddha yang diamalkan pada
hari ini di Malaysia. objektif kajian yang dijalankan adalah menjelaskan
mengenai pengamalan amalan ini mengikut pandangan penganut Buddha di Malaysia
yang kian maju dan canggih pada hari ini. Maklumat yang diketengahkan adalah
berdasarkan kajian perpustakaan yang memfokuskan tulisan dan kajian yang
ditulis oleh pengkaji-pengkaji tradisi kerohanian Buddha serta temubual bersama
pengamal ajaran Buddha yang arif mengenai amalan ini di Malaysia pada hari ini.
Secara umumnya, amalan asceticism ini masih dilaksanakan di Malaysia oleh
penganut agama Buddha.
Kata kunci: Asceticism,
Buddha, Nirvana, Bikhu, Kerohanian.
TINJAUAN POTENSI WAKAF PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA
Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor
Kata Kunci: Cabaran dan Potensi Wakaf, Pendidikan Tinggi
TAKSIRAN ZAKAT HARTA ASIA TENGGARA:
ANALISIS BERDASARKAN LAMAN WEB
Khairul Izuan Ab. Aziz
Kertas kerja ini bertujuan meneliti kaedah taksiran zakat harta yang digunakan di negara-negara Asia Tenggara. Kaedah taksiran zakat ini pada dasarnya telah pun dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W melalui sunnah Baginda. Namun begitu, masih terdapat perbezaan dalam membuat taksiran zakat ke atas sesuatu harta wajib zakat. Persoalannya, apakah terdapat perbezaan dalam kaedah taksiran zakat harta turut berlaku di negara-negara Asia Tenggara? Jika perbezaan tersebut turut berlaku, apakah jenis harta wajib zakat yang paling ketara perbezaan kaedah taksiran tersebut? Bagi menjawab persoalan ini, data sekunder melalui analisis kandungan digunakan. Dapatan analisis mempamerkan bahawa terdapat perbezaan yang agak ketara dalam kaedah taksiran bagi zakat pendapatan dan perniagaan di beberapa negara Asia Tenggara.
Kata kunci: Zakat harta, kaedah taksiran zakat, dan laman web.
INSTITUTI MASJID SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN MASYARAKAT:
SUATU KAJIAN MENURUT SIASAH SYARIYYAH
Mohd Asri Che Ibrahim
Institusi masjid merupakan satu institusi terpenting dalam sejarah kebangkitan Islam. Ia merupakan salah satu pusat yang memainkan peranan penting kepada pembangunan masyarakat umat Islam di muka bumi ini. Pada zaman permulaan Islam masjid merupakan pusat penggerak bagi umat dalam semua urusan. Berdasarkan kenyataan ini, maka persoalan utama kajian ini ialah apakah peranan utama dan skop bidang kuasa sesebuah institusi masjid di Malaysia pada hari ini? Bagaimanakah pendekatan siasah syariyyah dapat digunakan dalam menjadikan institusi masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat? Metodologi kajian yang digunakan dalam penulisan ini adalah kaedah kepustakaan dan analisis kepada data dan maklumat yang diperolehi daripada temubual dengan pegawai Jabatan Agama Islam. Kajian ini adalah penting kepada mereka yang bertanggungjawab dengan pengurusan sesebuah masjid. Hasil kajian mendapati, institusi masjid mestilah menjadi sebagai agen transformasi kepada masyarakat dalam era globalisasi dengan itu, fungsi dan peranannya hendaklah diperluas dan disesuaikan dengan peredaran masa pada hari ini.
Kata Kunci: Institusi masjid, Pusat pembangunan masyarakat.
SUMBER-SUMBER ALAM SEKITAR ANTARA HAK ASASI MANUSIA DAN NILAI EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM
Mohd Yusri Hafizz Yusoff
Kata kunci: Sumber alam sekitar, kepenggunaan sumber alam, pengurusan alam sekitar, kepenggunaan lestari, amalan kepenggunaan Islam.
TANAH PEMILIKAN BERSAMA: ISU DAN IMPLIKASINYA
Mohd Marbawi Taha
Terdapat beberapa titik perbezaan antara sistem pemilikan tanah secara bersama dengan tanah yang dipegang secara perseorangan. Walaupun perbezaannya tidaklah begitu ketara tetapi ia telah menimbulkan pelbagai isu dan implikasi besar dalam konteks pemilikan tanah di negara ini. Oleh yang demikian, objektif penulisan ini ialah untuk mendalami isu-isu yang lahir dari pemilikan tanah secara bersama di Malaysia. Ia boleh membantu penyelidik mencari ruang penambahbaikan dalam sistem pegangan tersebut selaras dengan amalan Islam. Metod utama yang digunakan dalam kajian ini ialah metod kepustakaan. Bagi memenuhi metod ini, data-data adalah dikumpulkan berasaskan maklumat yang didapati dari pelbagai sumber terutamanya perpustakaan-perpustakaan universiti dan Perpustakaan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). Selain itu metod temubual turut digunakan. Antara mereka yang ditemubual ialah pegawai-pegawai di beberapa Pejabat Tanah yang terlibat secara langsung dalam isu pemilikan tanah bersama. Kajian ini merumuskan bahawa tanah pemilikan bersama lazimnya dibelenggu dengan pelbagai masalah sama ada dari aspek perundangan, pentadbiran mahupun sikap pemilik bersama. Akhirnya, artikel ini mencadangkan agar sistem pemilikan tanah secara bersama disemak kembali dengan mengambilkira beberapa prinsip perkongsian tanah dalam Islam.
Kata Kunci :Tanah, Pemilikan Bersama, Pentadbiran Tanah Islam.
PELAKSANAAN PENGURUSAN ASAS-ASAS
KUALITI PERIBADI DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW
Nurul Ain Zainul Abidin
Kualiti amat dititikberatkan dalam melaksanakan sesuatu pengurusan. Antara
aspek kualiti yang penting dalam pelaksanaan pengurusan adalah kualiti peribadi
insan. Namun begitu, apakah asas-asas kualiti peribadi dan bagaimanakah pelaksanaan
pengurusan asas-asas kualiti peribadi tersebut dari perspektif Islam? Oleh itu,
kertas kerja ini bertujuan mengkaji pelaksanaan pengurusan asas-asas kualiti
peribadi dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW khususnya pada zaman kerasulan
Baginda. Kertas kerja ini memfokuskan perbincangan kepada dua perkara utama.
Pertama, mengenal pasti asas-asas kualiti peribadi dalam al-Qur’an; dan kedua,
menganalisis pelaksanaan pengurusan asas-asas kualiti peribadi tersebut dalam
kehidupan Nabi Muhammad SAW. Kaedah kepustakaan digunakan dalam kajian ini bagi
mendapatkan maklumat. Hasil penelitian ini dapat memberi satu gambaran awal
kepada ahli-ahli institusi berkaitan pelaksanaan pengurusan asas-asas kualiti
peribadi dalam Islam.
PENGARUH
PERSONALITI MUSLIM, MOTIF DAN EMPATI TERHADAP KESERONOKAN MENONTON FILEM SERAM
Aselawati
Che Ab Adziz
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh personaliti Muslim, motif menonton dan empati terhadap keseronokan menonton filem seram. Kajian sedang dijalankan secara kuantitatif ke atas empat ratus penonton yang menonton filem seram. Kajian ini memfokuskan di zon utara bagi iaitu Pulau Pinang dan Kedah. Prauji terhadap item yang melibatkan pembolehubah iaitu ciri-ciri personaliti Muslim, motif menonton filem seram, empati, keseronokan menonton filem seram dan tanggapan terhadap kandungan filem seram yang diperolehi dilakukan untuk menentukan ciri-ciri psikometrik konstruk dicapai. Prauji dijalankan terhadap 30 remaja Islam yang berumur antara 20-30 tahun yang menonton filem Sembunyi: Bisikan Azazil. Prauji ini dilakukan untuk menentukan kesesuaian perkataan dan ayat yang digunakan dalam setiap item soalan yang mewakili pembolehubah kajian yang diukur menggunakan skala pengukuran sela. Secara keseluruhannya, daripada pra uji kajian mendapati ujian kebolehpercayaan alfa cronbach menunjukkan bahawa setiap pembolehubah mencapai tahap kebolehpercayaan sebagai konstuk pengukuran yang baik iaitu melebihi 0.7 (Hair et al., 2010). Konstruk tanggapan =aterhadap kandungan filem seram juga mencapai nilai alfa cronbach ( 0.957).
Kajian dalam Aspek Kekuatan Jati Diri Pesakit Mukmin Melalui Bantuan Rawatan Metafizika Islam
Ariffin Mohamed
Faktor kehidupan yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan hari ini. Apabila insan berada dalam keadaan yang sihat, pastinya ia dapat memainkan peranan yang aktif terhadap pembangunan dirinya, agamanya, bangsa dan negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO,1948) telah menjelaskan bahawa kesihatan itu merupakan suatu keadaan fizikal, minda, rohani dan emosi yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit . Penerangan ini menjelaskan dan menegaskan bahawa status kesihatan bagi seseorang pesakit adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor pada elemen fizikal, minda, rohani dan emosi yang sihat dan cergas serta tidak diganggu oleh sebarang penyakit yang boleh melemahkan setiap diri manusia itu. Objektif kajian ini adalah meneliti dan mengenalpasti kekuatan jati diri keatas pesakit mukmin dan menganalisis faktor-faktor yang memberi kesan positif kepada penyembuhan penyakitnya. Kajian ini dilakukan di Syarikat PyraCosmic, USJ, Subang Jaya, Selangor. Kajian ini akan melihat faktor-faktor yang mendorong pembangunan insan khusus di lihat dari kacamata kekuatan jati diri yang wujud dalam diri pesakit tersebut. Kajian ini menggunakan metodologi Analytical Hierarchy Process(AHP-Saaty-80). AHP digunakan untuk menyelesaikan masalah “Multi Criteria Decision Making (MCDM)” yang meneliti elemen yang berkaitan dalam pembentukan struktur sesuatu hiraki. Kajian ini meneliti aspek kekuatan jati diri mukmin dan kaitannya dengan elemen fizikal, minda, rohani dan emosi bagi setiap pesakit. Kajian ini diolah dari data temubual bagi 10 responden pesakit. Kajian ini mendapati bahawa ketika seorang itu sakit, peratus elemen fizikal(29.95%) adalah tinggi berbanding dengan elemen-elemen yang lain. Kajian juga mendapati elemen Rohani(28.78%) merupakan elemen amat penting dalam proses penyembuhan sesuatu penyakit itu.
Kata Kunci: Pembangunan Insan, Rawatan Metafizik Islam, Jati Diri Mukmin
According to an international finance group, agriculture is a major source of livelihood throughout the world, especially for the majority of poor people living in rural areas in developing countries. A key challenge for the majority of these farmers is access to finance. Lack of access to finance is a key impediment to farmers in improving the efficiency of their productions and adopting better technologies. So, to have a better understanding about agricultural finance is a very important thing to the farmers or other people that may relate to it in their daily life. So that, after reading this artikel, we may have the understanding about the financial concepts and the practical applications of finance that is essential for anyone, especially the important managerial problems in agriculture that involve finance.
ReplyDeleteContact pedroloanss@gmail.com for agricultural loans and other kinds of loans at the rate of 2%.